Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pestapora Malaysia 2026 Comeback, 12 jam Tanpa Henti! Ini Janji & Pesanan Penganjur

by Phic ARMAN
April 30, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau tahun lepas masih jadi bahan cerita, tahun ini nampaknya Latihan Pestapora Malaysia datang dengan misi lebih besar. Gabungan Hitman Solutions dan Boss Creator sekali lagi menghangatkan suasana apabila mengumumkan edisi kedua yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional.

Fenomena Tahun Lepas Yang Masih Berbekas

Selepas mencipta fenomena tahun lalu, edisi kali ini bukan sekadar sambungan  tapi versi yang lebih ‘naik level’. Tahun lepas, Latihan Pestapora Malaysia berjaya satukan ribuan peminat dari dua negara dalam satu vibe yang sukar ditandingi.

Dengan barisan artis seperti Bunkface, Bittersweet, Pamungkas, Kunto Aji, Nadin Amizah hingga kemunculan istimewa Sheila On 7, festival ini berjaya menarik sekitar 25,000 pengunjung termasuk 10,000 pelawat antarabangsa.

Kejayaan itu bukan sahaja mencipta sejarah, malah membuka jalan kepada hubungan muzik Malaysia-Indonesia yang semakin rapat. Ramai peminat tempatan juga mula ‘terbang’ ke Jakarta semata-mata nak rasa pengalaman Pestapora versi asal  bukti betapa kuatnya impak festival ini.

Janji Penganjur: Lebih Imersif, Lebih Selesa

Masuk 2026, penganjur tak sekadar ulang formula sama. Antara janji utama mereka adalah pengalaman festival yang lebih imersif  bukan sekadar konsert, tetapi kelainanw dengan pelbagai aktiviti, susun atur lebih terancang dan suasana yang buat pengunjung rasa ‘masuk dunia lain’.

Dari segi keselesaan pula, banyak penambahbaikan dibuat. Kawasan makanan diperluaskan dengan lebih 50 vendor, jadi isu lapar atau beratur panjang dijangka lebih terkawal. Malah, setiap pengunjung akan menerima air mineral percuma kecil, tapi cukup penting untuk festival selama 12 jam tanpa henti.

Topik Berkaitan Limp Bizkit Akhirnya Ke Malaysia, Tapi Peminat Persoal, "Adakah Lirik Lagu Akan Ditukar?"

Kurasi Artis Lebih ‘Kena’ Dengan Selera Lokal

Dalam masa sama, penganjur turut beri fokus kepada kurasi artis yang lebih kena dengan selera Malaysia. Bukan sekadar lineup rawak, tapi dipilih supaya setiap persembahan ada connection dengan penonton.

Sama ada kemunculan sulung atau reunion artis kegemaran, semuanya disusun untuk bagi pengalaman yang lebih ‘kena’ di hati.

Tiket Blind Sale Jadi Rebutan

Bab tiket pula, jualan “Blind Sale” untuk kategori General Admission (Free Standing) sudah bermula 30 April 2026 jam 2 petang dengan harga RM129. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat  dan kalau tengok sambutan tahun lepas, peluang untuk sold out memang tinggi. Latihan Pestapora Malaysia 2026 bukan sekadar festival ulangan. Ia datang dengan janji yang lebih jelas, nak bagi pengalaman yang lebih besar, lebih teratur dan lebih bermakna. Persoalannya sekarang, anda dah bersedia nak ulang momen… atau kali ini tak nak terlepas?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BittersweetBoss Creatorbunkfacehitman solutionsKunto Ajilatihan pestapora malaysiaNadin AmizahPamungkas
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara