Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Yatt Hamzah Mohon Doa! Suami & Heliza Helmi Antara Yang Ditahan Tentera Mesir

by Khai Azfar
July 18, 2019
Share on Facebook

Semalam, pelakon Yatt Hamzah menerusi laman Instagram nya telah memohon semua pengikutnya agar dapat mendoakan keselamatan suaminya Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan beberapa sukarelawan misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) termasuklah sahabatnya yang juga selebriti, Heliza Helmi selepas delegasi itu telah ditahan oleh tentera Israel.

Ditahan Tentera Mesir 

Namun begitu, menerusi posting susulan Yatt memberitahu bahawa mereka bukanlah ditahan oleh tentera Israel sebaliknya tentera Mesir. Sebagai info, delegasi sukarelawan itu telah terkandas di pintu Rafah, Mesir dan tujuan mereka ke sana adalah bagi membantu rakyat Palestin.

https://www.instagram.com/p/B0BbYqzAOmA/

Mohon Doa 

Akui Yatt dia tidak dapat melelapkan mata mengenangkan nasib suami dan rakan-rakan disana. Biarpun begitu, dia bersyukur kesemua mereka berada dalam keadaan selamat namun tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari ‘pintu’ itu sebelum mencuba untuk keluar semula pada pagi ini.

“Mereka bukan ditahan Israel tetapi tentera Mesir. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kau dengar doa-doa kami. Terima kasih atas doa-doa kalian semua. Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah.

“Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi… Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah Mesir itu kerana sikap tentera / polis Mesir lebih kurang sahaja dengan Israel.

“Mereka terkandas berjam-jam semalam dan diarah masuk semula ke dalam Gaza dan bermalam di sana sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini,”

https://www.instagram.com/p/B0CVSwCA22K/

Topik Berkaitan Suami Beri Ucapan Puitis Atas Kemenangan Heliza Helmi Di ABPBH37

Jelas pelakon itu lagi, dia tidak tahu apakah punca mereka ditahan dan turut mengharapkan agar semua pengikutnya dapat mendoakan mereka dapat keluar dari Gaza dalam keadaan selamat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
heliza helmiyatt hamzah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara