Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“You Did Very Well!” – Cara Maya Karin Tangani Serangan Panik Dipuji Public Health Malaysia

by Arsiqin Yusof
December 9, 2022
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tahu tentang kejadian aktres popular, Maya Karin yang mengalami serangan panik ketika menyampaikan anugerah di pentas Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) baru-baru ini.

Maya ketika itu kelihatan agak cemas dan bertindak untuk menanggalkan kasut dan berdiri berkaki ayam di sebelah aktor Faizal Hussein.

Susulan insiden yang tular di media sosial itu, ramai pihak termasuk Maya memuji tindakan Faizal yang sangat budiman mengendalikan situasi berkenaan.

“Kasut Dilepaskan Salah Satu Cara ‘Grounding'”

Untuk Maya pula, cara dia mengendalikan serangan panik pada malam tersebut turut mendapat pujian di Facebook rasmi Public Health Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada Maya Karin yang telah berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin.

“Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alami serangan panik sebaik sahaja berada di pentas . Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

“Kasut di lepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing). Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada,” tulis kenyataan itu.

Boleh Pitam Jika Tak Ditangani Dengan Baik

Menurutnya lagi, seseorang harus menangani serangan panik dengan baik untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan.
Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam

“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik,” coretnya.

FB – Public Health Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, entri di Facebook Public Health Malaysia itu mendapat lebih 900 komen dan sekitar 6,000 tanda suka.

[VIDEO] Senyuman Siti Nurhaliza & Maya Karin, Curi Tumpuan Ramai!
FFMmaya karinPublic Health Malaysia
https://lomp.at/wz67w
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang..”-Kamal Adli

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @missmimilana (IG)
Lokal

Isu Tak Bayar Jurusolek Sejak 2019 Curi Perhatian, Mimi Lana Akui Kekhilafan

by Nurul A.
January 12, 2026

Pelakon jelita Mimi Rozaiana Zainal Abidin, atau lebih mesra disapa sebagai Mimi Lana, menjadi perhatian ramai selepas beliau tampil membuat...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore