Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

Zaki menyatakan bahawa dakwaan bapanya berhubung isu ibunya menghalang mereka daripada bertemu adalah tidak benar

by Naddy Joe
April 12, 2022
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas isteri, Fatimatuzahra Samad untuk bertemu dengan anak lelakinya itu.

“Berhenti Memburukkan Ibu”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Zaki menyatakan bahawa dakwaan bapanya berhubung isu ibunya menghalang mereka daripada bertemu adalah tidak benar. Malah, dia turut meminta bapanya untuk berhenti daripada memburuk-burukkan ibunya itu.

“Berkenaan dengan isu mak saya halang ayah saya dari jumpa saya. Sebenarnya itu tidak benar. Jadi, untuk Baba kalau boleh berhentilah burukkan mummy. Sebab bila sakit, dia lah yang jaga zaki, dia yang ada masa kat hospital. Dia yang hantar Zaki kat hospital.”-Jelas Zaki

Tidak Jawab Panggilan & Mesej Di WhatsApp

Tambahnya lagi, Zaki menceritakan bahawa bapanya pernah berjanji untuk bertemu. Namun tidak berjaya serta tidak membalas sebarang mesej di WhatsApp

“Baba boleh je jumpa Zaki sebenarnya. Baba janji dengan Zaki nak jumpa haritu tapi tak jumpa. Zaki WhatsApp pun Baba tak balas, Call pun tak jawab. Kalau boleh sudahlaa..Berhenti burukkan ibu Zaki”-Zaki Yamani

https://www.instagram.com/p/CcNGLA6Fh7E/

Sekadar info, Zaki Yamani adalah anak hasil daripada perkahwinan Jamal Abdillah dengan Fatimatuzahra Samad. Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusoff.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani , dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jamal abdilahzaki yamani
Share10Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara