Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Allahuakbar! Alhamdulillah” – Pak Nil Terlalu Gembira Zamani Dibenarkan Pulang Dari Hospital

by Arsiqin Yusof
November 11, 2022
Share on Facebook

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkongsi kegembiraan apabila penyanyi Zamani sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan tulang belakangnya (penyakit skoliosis), semalam.

Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil itu memuat naik video pendek memaparkan Zamani sedang berjalan di hospital.

“Allahu Akbar! Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih semua yang menyumbang dan yang mendoakan.

“Zamani sudah dibenarkan pulang, terima kasih semua petugas hospital,” tulisnya yang jelas gembira dan penuh syukur.

Rakan Artis Juga Gembira

Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen dan rakan industri turut mengekspresikan rasa syukur dan lega melihat keadaan Zamani yang kelihatan semakin sihat.

“Alhamdulillah,” tulis Hady Mirza

“Alhamdulillah syukur,” tulis Elly Mazlein.

“Masha-Allah, Ahamdulillah nampak dah makin sihat jalan dan tegak Abang Zamani. Tahniah perjuangan mulia Pak Nil bantu sahabat kita,” coret Serina Redzuawan.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Terdahulu, Pak Nil diketahui umum dalam usaha murninya membantu mengumpul dana daripada orang ramai untuk menampung kos pembedahan Zamani.

Pak Nil pada mulanya mengajak orang ramai di media sosial untuk menderma, kemudian membuat lelongan beg mewah miliknya ketika konsert penyanyi itu, Konsert Doa Buat Zamani.

Kedua-dua usaha itu berjaya bukan sahaja untuk kos rawatan, namun telah diambil kira kos kelangsungan Zamani selepas menjalani pembedahan.

AznilZamani
https://lomp.at/igjtn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @missmimilana (IG)
Lokal

Isu Tak Bayar Jurusolek Sejak 2019 Curi Perhatian, Mimi Lana Akui Kekhilafan

by Nurul A.
January 12, 2026

Pelakon jelita Mimi Rozaiana Zainal Abidin, atau lebih mesra disapa sebagai Mimi Lana, menjadi perhatian ramai selepas beliau tampil membuat...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore