• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Zarina Anjoulie Tuntut Pampasan RM4 Juta Dari Emelda Rosmila & Amyza Aznan

by Khai Azfar
April 16, 2020
Share on Facebook

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah dikhabarkan telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap pelakon Emelda Rosmila dan Amyza Aznan.

Jatuhkan Reputasi Zarina 

Difahamkan, Zarina telah menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta daripada kedua-dua pelakon ini kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

https://www.instagram.com/p/B_BdDZqnM01/

Menurut peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah, pihaknya menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda. Difahamkan surat-surat tuntutan tersebut telah dihantar semalam menerusi firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

Pelakon Anak Pontianak itu juga telah memohon Emelda dan Amyza untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa sahaja bentuk tulisan mengenai dirinya.

“Zarina mahu Emelda dan Amyza membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ia adalah palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi klien kami, Zarina Anjoulie Lavocah.

Diberi Tempoh 7 Hari

Tambah firma guaman itu lagi, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari. Dalam pada itu, Nurul Hafidzah turut memberitahu bahawa Emelda dan Amyza tidak mempunyai sokongan fakta ketika mereka berulang kali menuduh Zarina dan menerbitkan ‘posting’ dan komen-komen yang merujuk kepadanya sebagai seorang yang telah bertanggungjawab menimbulkan kebencian netizen terhadap mereka.

https://www.instagram.com/p/B_BbzvBn4zC/

Terdahulu, isu ini bermula apabila Zarina menegur segelintir artis yang meminta cadangan daripada pihak kerajaan untuk memberi bantuan khas kepada penggiat seni. Namun tidak lama kemudian, isu ini bertambah hangat apabila tularnya suntingan perbualan beberapa orang selebriti termasuk Amyza dan Emelda yang didakwa cuba menghina Zarina menerusi aplikasi Telegram.

Zarina Anjoulie Dedah Wajah Netizen Mahu Tumpang Populariti?-"Sampai Sanggup Screenshot & Repost.."
Amyza AznanEmelda Rosmilazarina anjoulieZarina Anjoulie Saman
https://lomp.at/nxjid
Share6Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

KAWS Sertai UNIQLO Sebagai ‘First Artist In Residence’

by Naddy Joe
September 26, 2025

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengumumkan bahawa KAWS, artis kontemporari yang terkenal dengan gaya sendiri tersendiri yang mengubahsuai budaya pop, telah...

Read more
Foto - @missmimilana (IG)
Lokal

“Bawa Ke Kes Tali Gantung, Diorang Ni Besar Kepala”- Mimi Lana

Susulan daripada kes jenayah melibatkan rogol dan buli pelajar yang semakin membimbangkan ramai, aktres Mimi Lana tampil meluahkan rasa kecewanya...

Read more
by Nurul A.
October 14, 2025
Foto - @kasihirisleona (IG)
Lokal

Degil Tak Dengar Cakap Ibu, Leona Terlepas Penerbangan Ke Singapura Gara-Gara Jalan Ke KLIA Ditutup

Gara-gara berdegil dan tidak mendengar nasihat ibu, pempengaruh popular Kasih Iris Leona akhirnya berdepan detik cemas apabila terlepas penerbangan ke...

Read more
by Puteri Alia
October 28, 2025
Foto - @anishaik.tmski (TikTok)
Asia

[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- “Glowingnya Bakal Ibu”

Tak lama lagi, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Anak Isteri...

Read more
by Nurul A.
December 10, 2025
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Bantu Murid Tidak Berkemampuan-“Saya Nak Belikan Dia Kasut & Beg Sekolah Baru…”

Baru-baru ini tular satu perkongsian seorang guru sekolah yang memuatnaik satu foto yang memaparkan sepasang kasut sekolah salah seorang anak...

Read more
by Naddy Joe
October 14, 2025
Korea

Pelakon Korea Paling Lama Dalam Industri Meninggal Dunia Di Usia 91 Tahun

Dunia hiburan Korea Selatan berduka apabila pelakon veteran yang dihormati, Lee Soon-jae, dilaporkan meninggal dunia pada Selasa pada usia 91...

Read more
by Phic ARMAN
November 25, 2025
Lokal

Amelia Christie Dedah Diganggu Lelaki Miang, Netizen Kata Dunia Media Sosial Kian Hilang Adab

Pelakon meningkat naik, Amelia Christie, meluahkan rasa penat dan muaknya selepas berbulan-bulan berdepan gangguan menjijikkan daripada beberapa individu lelaki yang...

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Foto - @mahaliniraharja (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mahalini Raharja ‘Curhat’, Geram Dengan Sikap Suami Yang Suka “BAB”

Penyanyi kecil molek dari Indonesia, Mahalini Raharja baru-baru ini telah membuatkan banyak hati tercuit dengan pendedahan mengejutnya. Menerusi sebuah podcast...

Read more
by Nurul A.
November 28, 2025
Foto - @srkajol__universe (IG)
Bollywood

[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa

Tak ramai pasangan skrin Bollywood yang dapat menandingi chemistry Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol apabila berada di hadapan kamera....

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore