Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Zarina Anjoulie Tuntut Pampasan RM4 Juta Dari Emelda Rosmila & Amyza Aznan

by Khai Azfar
April 16, 2020
Share on Facebook

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah dikhabarkan telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap pelakon Emelda Rosmila dan Amyza Aznan.

Jatuhkan Reputasi Zarina 

Difahamkan, Zarina telah menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta daripada kedua-dua pelakon ini kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

https://www.instagram.com/p/B_BdDZqnM01/

Menurut peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah, pihaknya menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda. Difahamkan surat-surat tuntutan tersebut telah dihantar semalam menerusi firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

Pelakon Anak Pontianak itu juga telah memohon Emelda dan Amyza untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa sahaja bentuk tulisan mengenai dirinya.

“Zarina mahu Emelda dan Amyza membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ia adalah palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi klien kami, Zarina Anjoulie Lavocah.

Diberi Tempoh 7 Hari

Tambah firma guaman itu lagi, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari. Dalam pada itu, Nurul Hafidzah turut memberitahu bahawa Emelda dan Amyza tidak mempunyai sokongan fakta ketika mereka berulang kali menuduh Zarina dan menerbitkan ‘posting’ dan komen-komen yang merujuk kepadanya sebagai seorang yang telah bertanggungjawab menimbulkan kebencian netizen terhadap mereka.

Zarina Anjoulie Dedah Wajah Netizen Mahu Tumpang Populariti?-"Sampai Sanggup Screenshot & Repost.."

https://www.instagram.com/p/B_BbzvBn4zC/

Terdahulu, isu ini bermula apabila Zarina menegur segelintir artis yang meminta cadangan daripada pihak kerajaan untuk memberi bantuan khas kepada penggiat seni. Namun tidak lama kemudian, isu ini bertambah hangat apabila tularnya suntingan perbualan beberapa orang selebriti termasuk Amyza dan Emelda yang didakwa cuba menghina Zarina menerusi aplikasi Telegram.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Amyza AznanEmelda Rosmilazarina anjoulieZarina Anjoulie Saman
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara