Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Wow! Tapak Konsert dan Dewan Acara Bertaraf Dunia Bakal Dibuka Di Bukit Bintang

by Phic ARMAN
December 2, 2021
Share on Facebook

Rangkaian dewan konsert terkemuka negara Matahari Terbit bakal membuka pintunya di Kuala Lumpur pada suku kedua 2022. Anak syarikat Sony Music Entertainment (Japan) Inc, Zepp Kuala Lumpur bakal dibuka di tengah-tengah ibu kota dan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Zepp Hall Network ditubuhkan pada 1998, lokasi ini bakal menjadi dewan acaranya yang ke-11, dengan sembilan cawangan di Jepun dan satu lagi di Taiwan iaitu Zepp New Taipei.

Idea untuk menubuhkan kemudahan berinovasi ini tercetus kira-kira lebih 20 tahun lalu. Ketika itu, tiada tapak konsert sesuai bersaiz sederhana yang boleh memuatkan 2,000 hingga 3,000 penonton. Sony Music Entertainment (Japan) Inc telah mengenal pasti keperluan untuk menyediakan tapak alternatif selain daripada ruang teater untuk persembahan kumpulan rock.

Mereka kemudiannya berpadu tenaga dengan Zepp bagi membangunkan satu pusat sehenti untuk penganjuran konsert oleh para artis dari seluruh Jepun. Zepp Sapporo menjadi cawangan pertama milik rangkaian dewan acara tersebut, sebelum ia melebarkan sayapnya ke Osaka, Tokyo, Fukuoka, Nagoya dan Yokohama, memudahkan para artis membuat siri jelajah di negara itu dengan reka bentuk pentas yang serupa di semua wilayah utama. Kejayaan Zepp turut membawa kepada pengembangan di peringkat antarabangsa, dengan cawangan di Singapura (2017-2019), Taiwan dan kini di Malaysia.

Pemandangan dewan utama dari tempat duduk auditorium
Pintu masuk VIP
Pemandangan dewan utama dari pentas dengan pengadang boleh alih

Usaha terbaru Zepp ini merangkumi sebuah dewan seluas 6,500 kaki persegi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia bakal menempatkan lapan petak VIP dengan ruang rehat dan tempat duduk peribadi. Ruang acara berkapasiti 2,500 penonton ini turut menawarkan kemudahan terbaik yang sememangnya sinonim dengan jenama global Zepp.

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia
Bukit BintangkonsertZepp Kuala Lumpur
https://lomp.at/1j1ce
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara