Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zizi Kirana Tak Tergugat Dikecam Sertai Misi Gaza – “Saya Dah Minta Izin Suami”

by Puteri Alia
October 27, 2025
Foto - @zizi_kirana (IG)

Foto - @zizi_kirana (IG)

Share on Facebook

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, tampil tenang apabila ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan penyertaannya dalam misi kemanusiaan Sumud Global Flotilla (GSF) baru-baru ini kerana turut disertai lelaki bukan mahram. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, dia langsung tidak berkecil hati dengan pandangan tersebut dan menjelaskan bahawa kehadiran peserta wanita dalam setiap misi kemanusiaan bukan sekadar simbolik, tetapi satu keperluan.

“Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita. Tujuan kami sebagai peserta wanita adalah mewakili golongan wanita Malaysia untuk bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza. Kalau ada pihak yang mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup saya minta izin daripada suami dan keluarga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Zizi turut menjelaskan bahawa penyertaan wanita dalam misi seumpama itu telah pun dijelaskan oleh pihak berautoriti seperti mufti dan jabatan agama. Menurutnya, kehadiran peserta wanita amat penting bagi melaksanakan tugasan khusus yang hanya sesuai dilakukan oleh golongan wanita, terutama apabila melibatkan kebajikan dan bantuan kepada wanita serta kanak-kanak di kawasan konflik.

Menariknya, Zizi mengakui bahawa dia sebenarnya tidak tahu tentang kritikan tersebut kerana kini tidak lagi aktif di media sosial selepas pulang daripada misi GSF itu.

“Saya pun tak tahu isu ni timbul. Sejujurnya, saya jarang buka media sosial sejak balik dari misi tu. Fokus saya sekarang lebih kepada berehat dan menilai semula pengalaman yang saya lalui,” ujarnya.

Sebagai seorang isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin, 33, Zizi menegaskan segala tindakannya sentiasa mendapat keizinan dan sokongan penuh daripada suaminya. Katanya, apa yang dilakukannya adalah semata-mata kerana tanggungjawab kemanusiaan, bukan untuk publisiti atau kepentingan peribadi.

Tudung Direntap, Baju Dalam Digarit Tentera Israel, Zizi Kirana Dedah Detik Aib Dalam Tahanan

Zizi yang sebelum ini dikenali dengan sikap tegas dan lantang dalam menyuarakan isu kemanusiaan, tetap berpegang pada prinsip bahawa keikhlasan dan niat murni adalah perkara paling utama dalam setiap usaha membantu mereka yang tertindas. Meskipun berdepan kritikan, semangatnya untuk terus menabur bakti di lapangan kemanusiaan tidak pernah luntur.

zizi kirana
https://lomp.at/f24m2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara