Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zizi Kirana Titip Wasiat Terakhir Buat Adiknya Sebelum Jejak Ke Gaza, Flotila Kini Dibayangi Kapal Israel

by Puteri Alia
October 1, 2025
Share on Facebook

Menabur bakti menuju Gaza bersama misi kemanusiaan, penyanyi Zizi Kirana menitipkan pesanan syahdu buat adiknya, Nurul Nazielah agar menjaga keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang beliau mengikuti konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke bumi Palestin yang dijarah Zionis.

Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata, adik perempuan nombor dua dalam keluarganya itu dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan sebagai kakak sulung sekiranya dirinya tidak pulang. Menerusi nukilan penuh emosi di InstaStory, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu meluahkan rasa kasih dan penghargaannya terhadap adik yang mesra dipanggil Kakak Ela.

“Ini adik perempuan saya nombor dua selepas saya. Jika apa-apa berlaku pada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung. Kakak Ela, terima kasih untuk kasih sayang dari kecil kita sama-sama, tak pernah gaduh, tak boleh berpisah. Kalau berpisah sekejap mesti nangis. Saya tahu awak wanita kuat walaupun kadangkala awak sedikit beremosi. Jaga diri awak baik-baik dan famili kita. Jadi contoh yang baik untuk adik-adik kita yang lain. Tolong jaga ibu serta adik-beradik kita, berikan mereka kasih sayang yang melimpah ruah. Semoga Allah sentiasa melindungi awak semua. Sayang kamu Kakak Ela,” tulisnya.

Kini, Zizi bersama sukarelawan dari 45 negara lain sudah memasuki zon kuning, iaitu sekitar 300 batu nautika dari Semenanjung Gaza. Konvoi kemanusiaan yang bermula sejak awal bulan lalu melibatkan 54 kapal layar dan bot yang berlayar menuju ke perairan Gaza, berdepan pelbagai cabaran khususnya ketika menghampiri zon berisiko yang dipantau ketat oleh dron dipercayai milik tentera Israel.

Dalam perkongsian lain, Zizi memaklumkan semua sukarelawan sedang memunggah barang bantuan sebelum mereka memasuki zon merah yang lebih berbahaya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak putus memberikan sokongan kepada misi berkenaan.

“Hari ini tak sempat tidur lepas shift semalam sebab ada mesyuarat persiapan terakhir kami, kemudian ada meeting dengan PMX. Masya-Allah, Tabarakallah. Terima kasih Perdana Menteri Malaysia yang tak putus-putus memberikan sokongan dan naungan kepada Sumud Sumatera. Sekarang masa untuk kami bungkus dan siapkan apa yang perlu sebab tak sabar jumpa saudara di Gaza,” katanya.

Selain Zizi, 34 delegasi Malaysia turut serta dalam misi berani ini, antaranya penyanyi Ardell Aryana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi serta pempengaruh, Farah Lee. Dalam perkembangan terkini, seorang sukarelawan Turkiye memaklumkan sebuah kapal Israel dikesan berada sekitar 50 batu nautika dari flotila mereka malam tadi, sekali gus memaksa semua sukarelawan meningkatkan langkah berjaga-jaga kerana bimbang berdepan risiko dipintas.

"Manusia Sama Seperti Kalian"- Zizi Kirana Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergoyah
zizi kirana
https://lomp.at/vs5tb
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG) / @bakers.33 (IG)
Lokal

Rantai Di IG Ameera Khan Jadi ‘Clue’, Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?

by Nurul A.
January 8, 2026

Nama pempengaruh fesyen-kecantikan, Ameera Khan sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini bukan kerana hubungannya dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore