Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kenali Zoha Rahman, Gadis Cantik Berhijab Dalam Spiderman: Far From Home

by Zaidin Albert
May 28, 2019
Share on Facebook

Tak lama lagi Marvel bakal menyajikan filem terbarunya Spiderman: Far From Home. Selain mengisahkan perjuangan Tom Holland sebagai Peter Parker, Spiderman: Far From Home juga memaparkan kisah perjuangan Spiderman selepas Avengers: Endgame.

Bakal ditayangkan pada 2 Julai mendatang, filem yang juga dibintangi oleh Zendaya ini sudah banyak diperbincangkan setelah mengeluarkan trailer terbarunya baru-baru ini. Salah satu yang menjadi perbincangan adalah munculnya karakter seorang gadis berhijab yang muncul dalam trailer Spiderman: Far From Home.

Maka ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tersebut. Selepas menyiasat, akhirnya identiti gadis tersebut didedahkan oleh laman berita mirror.co.uk. Dia merupakan seorang artis dan model muslim bernama Zoha Rahman. Kita lihat dulu pose-pose cantiknya di Instagram:

Melalui akun Instagram peribadinya, Zoha Rahman menceritakan bagaimana dirinya boleh terlibat dalam Spiderman: Far From Home. Meskipun belum diketahui karakter apa yang dipegang olehnya, dia boleh disebut menjadi pelakon wanita berhijab pertama yang ditampilkan oleh Marvel Studios dalam franchise MCU (Marvel Cinematic Universe).

Gadis berdarah India itu memberitahu bahawa pihak produksi sempat bertanya apakah dia akan tetap memegang karakternya dengan mengenakan hijab. Dia pun terus mengiyakan tawaran tersebut.

Ramai yang percaya Zoha akan diberi watak superhero muslim iaitu Kamala Khan atau Ms. Marvel yang sudah beberapa kali dibuatkan komiknya oleh Marvel.

Tak banyak sangat maklumat tentang Zoha. Walaupun dia berasal dari India, dia sudah menetap di England dalam beberapa tahun terakhir. Difahamkan gadis cantik ini melanjutkan pendidikan dengan jurusan undang-undang sebelum memutuskan untuk bercuti mengambil kursus lakonan demi mengejar impiannya untuk berlakon.

YouTube video

Keputusan nekad dan penuh risiko yang diambil oleh Zoha akhirnya berbuah kejayaan selepas muncul dalam filem Spiderman: Far From Home ini menjadi filem ketiganya.

Spiderman: Far From HomeZoha Rahman
https://lomp.at/z84ed
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore