Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

Norashikin dedah sikap sebenar dan jenayah yang pernah dilakukan bekas suami

by Puteri Alia
September 5, 2022
via Instagram Puteri Balqis Azizi

via Instagram Puteri Balqis Azizi

156
KONGSIAN
Share on Facebook

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang TV di saluran YouTube menggemparkan masyarakat.

Siapa sangka seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga sebenarnya punca mimpi ngeri yang dialami oleh dua beranak ini dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Murai MY menjengah pula ke Instagram Puteri Balqis, di mana ibu kepada pelakon muda ini turut berkongsi luahan yang sama menerusi muatnaik di akaun Insta Stories anak perempuannya.

Belang Penjenayah

Norashikin mendedahkan lebih terperinci tentang perangai dan kegiatan lampau yang pernah dilakukan oleh bekas suaminya, Azizi Aziz. Melihat muatnaik yang tulis Norashikin, ibu berjiwa kental ini mendedahkan Azizi banyak melakukan jenayah.

“Sebelum sekutu-sekutu dan saudara mara anda berterusan menghina, ‘nak siasat’ dan mengugut saya dan anak. Saya ingatkan kembali kes-kes curi motor ketika Azizi bekerja sebagai pengawal di Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara. Motor-motor yang dicuri disembunyikan dalam longkang di tepi pondok pengawal. Adakah itu bukan satu jenayah?” Coret Norashikin

via Instagram Puteri Balqis Azizi

“Menyamun seorang Cina di kedai makan yang meletakkan telefonnya di atas meja, di area Bukit Lanjan dan masing-masing berbangga ‘baru lepas samun orang’. Adakah itu bukan satu jenayah?”

“Di Prima Damansara, setiap malam Azizi mengasah samurai dengan air limau dan bila saya marah, samurai diletak di leher saya. Adakah itu bukan satu jenayah?” Coretnya

Sisi Jijik Suami

Norashikin berkongsi pengalaman gelap di mana bekas suaminya memaksa dia tidur dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki yang sedang khayal mengambil dadah dan ada yang melakukan onani. Menurut Norashikin keadaan tersebut membuatkan dia berasa takut dan buntu.

“Ketika di Sg. Way, Azizi memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap ‘ice’ sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap ‘ice’ yang terlalu banyak dan saya setiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang ‘high’ sedang onani. Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dan Azizi dengan bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain. Itu yang dikatakan perikemanusiaan?” Tulisnya

via Instagram Puteri Balqis Azizi

Bukan itu saja, Norashikin juga menceritakan sikap jijik bekas suami yang sanggup menyuruhnya melakukan hubungan intim di hadapan anak perempuannya.

“Anak saya.. Sewaktu perjalanan ke Johor untuk pergambaran. Saya dipaksa untuk ‘BJ’ oleh Azizi dalam keadaan anak saya di tempat duduk belakang. Marah kerana saya menolak, Azizi onani dalam keadaan memandu yang sangat perlahan.” Tulisnya lagi

15 Tahun Jadi Kambing Hitam

Sering kali dikecam, Norashikin menyoal di mana keadilan buat diri dan anaknya setelah 15 tahun sengsara menjadi kambing hitam bekas suaminya dan juga sikap berat sebelah dari masyarakat.

“Di mana keadilan buat saya dan anak saya yang menderita dan berdiam diri lebih 15 tahun apabila netizen bersuara “kau kena diam”. Adakah kami akan berterusan menjadi kambing hitam Azizi, hanya kerana kami tidak ada kroni dan saya ibu bertatu? TIDAK ADA. Yang ada hanya ‘racist.” Coretnya

via Instagram Puteri Balqis Azizi

Sebelum mengakhiri coretannya Norashikin menitipkan pesanan buat Puteri Balqis, berharap anak perempuannya itu terus kekal kuat mengharungi hari-hari mendatang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Norashikin Mohd AzizPuteri Balqis Azizi
Share62Tweet39SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara