Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026
Share on Facebook

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu lupakan impian untuk gayakan baju raya idaman jika berat badan belum lagi turun.

MURAI yakin ramai yang mahu tampil cantik dan bergaya pada hari raya pertama, tetapi jangan pula kamu runsing jika berat badan tidak berkurangan. Kamu boleh turunkan sedikit berat badan jika lakukan perkara ini sekarang!

Tahu Sasaran Realistik

Sebelum mula kawalan pemakanan a.k.a diet, penting untuk kamu tahu apakah sasaran realistik atau target berat badan ideal yang kamu mahukan ketika hari raya. Kadar penyusutan berat badan yang ideal adalah sebanyak 2kg untuk dua minggu.

Ambil Makanan Berserat Dan Protein 

Adakah kamu tahu, makan makanan lebih serat dan protein boleh membantu mengempiskan perut dan membentuk badan? Ambil beberapa makanan seperti kekacang, alpukat, ikan, ayam, telur dan daging sebagai sumber serat dan protein. Tetapi kamu perlu ingat, ambil dalam kuantiti sepatutnya dan bukan secara berlebihan.

Air Kosong Sangat Penting!

Kalau kamu mahu tahu, berat badan susah untuk turun selalunya disebabkan oleh pengambilan air manis. Kandungan gula yang tinggi akan melambatkan proses pembakaran lemak dan membuatkan badan menjadi lemah. Jadi minum air kosong sahaja kerana ia dapat mengurangkan kalori.

Jangan Lupa Bersenam

Sekiranya kamu bukanlah seorang yang rajin bersenam atau tidak suka bersenam, kamu boleh lakukan senaman yang ringan atau pada tahap yang kamu mampu.

Cadangan MURAI, lakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki, jogging atau lompat tali pun sudah mencukupi. Tapi kamu perlu ingat, lakukan setiap hari atau sekerap mungkin.

Penting Jaga Emosi

Apabila berat tidak turun atau tidak mencapai target, seseorang itu akan menjadi stress dan beremosi. Mana taknya, cuba kamu bayangkan, penat-penat diet dan bersenam tetapi berat tak turun langsung. Memang stress!

Jadi apa yang MURAI boleh nasihatkan kamu, waktu ini ia sangat kritikal bagi kamu mengekalkan emosi yang stabil. Jika emosi tidak stabil ia boleh menyebabkan usaha kamu untuk kurus gagal.

Perasan tak sekiranya individu mengalami tekanan dia akan mula makan dengan banyak? Kalau kamu tidak mahu jadi seperti itu, jaga emosi.

Khas untuk pembaca MURAI yang masih lagi struggle untuk turunkan berat badan ketika ini, take note beberapa perkara di atas supaya kamu dapat mencapai berat badan ideal di hari raya nanti! Semoga bermanfaat.

cara kurusKurus
https://lomp.at/c1iqn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore