Fenomena video viral terbaru, Mannequin Challenge (Cabaran Mannequin) yang melanda sejak kebelakangan ini semakin menjadi kegilaan ramai. Idea unik dan kreatif sentiasa menghiasi ‘timeline’ di media sosial. Tidak ketinggalan untuk video ini atas usaha prihatin dari sebuah Agensi yang berpengkalan di Australia, Parkinson’s NSW.

Video ini yang kini viral melibatkan beberapa pesakit yang menghidapi penyakit Parkinson boleh menjadi salah satu percubaan yang unik dan terkesan bagi cabaran ini.

Penyakit Parkinson adalah penyakit sel saraf pada bahagian otak tengah yang berfungsi mengatur pergerakan badan. Pesakit selalunya merasa lemah atau terasa lebih kaku pada sebagian tubuh.

Video ini telah dirakam untuk membantu kesedaran mengenai penyakit ini dan kesan ia pada kehidupan seharian.

Semoga melalui kesedaran ini kita lebih sentiasa prihatin dan membantu pesakit ini dalam memberi sokongan moral.

sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry