Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Maksud Lagu You’re Beautiful Kisah ‘Serangan Seksual’ – James Blunt

by Rory Kim
April 5, 2017
Share on Facebook

Lagu romantik You’re Beautiful biasa kedengaran di majlis perkahwinan atau dihadiahkan kepada sang kekasih. 

Penyanyi asal lagu tersebut James Blunt telah menempa nama dengan lagu tersebut pada tahun 2005 . Reputasi beliau mula melonjak dan beliau lebih dikenali sebagai penyanyi lagu You’re Beautiful walaupun telah mengeluarkan banyak lagi lagu lain. 

Baru-baru ini James Blunt meluahkan perasaan kecewa beliau tentang pendengar yang telah menyalah tafsirkan lagu tersebut.

Dari satu temu bual bersama Huffington Post, James mendedahkan sisi tidak romantik iaitu cerita asal mengenai lagu hit beliau. 

“Lagu You’re Beautiful bukan lagu romantik. Ia mengisahkan seorang lelaki yang khayal kerana penggunaan dadah berada di stesen kereta api bawah tanah cuba mengendap dan menganggu seorang wanita. Dalam pada masa yang sama wanita tersebut bersama dengan teman lelakinya. Lelaki khayal itu sepatutnya dimasukkan di dalam penjara atau dikurung kerana berkelakuan seperti serangan seksual.” terang James. 

James Blunt. Foto – Billboard

Pada tahun 2014, penyanyi itu pernah mendakwa dia berasa jengkel dengan lagu itu dan menyalahkan syarikat rakaman.

“Diakhir hari saya terfikir, mungkin saya digunakan oleh syarikat rakaman untuk merayu kepada wanita semasa iklan rancangan Desperate Housewives.”

James Blunt yang juga penulis lirik dan komposer lagu You’re Beautiful sering kali menaiki kereta api bawah London Underground tapi bukanlah untuk mengendap mana-mana wanita di sana. 

“Peliknya di kereta api bawah tanah kita tidak akan melihat sesama sendiri. Jadi saya bermain O2 di London. Ia berkeluasan 20,000 kapasiti dan saya akan bermain gig di sana dan ya tiada siapa pun akan melihat anda. Jika ada pun mereka akan berkata ‘Eh, kamu sama seperti James Blunt, tapi sedikit kecil.'” Jelas James lagi. 

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"
YouTube video

SUMBER

Error happened.
james bluntlagulagu james bluntlagu you're beautifulmaksud lagu you're beautifulpenyanyi james bluntViralyou're beautiful
https://lomp.at/u1k07
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara