Tanggal 9 Mei hari ini menjadi hari penuh bahagia bagi pasangan Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam kerana hari ini mereka melangkah ke fasa baru menjadi ibu dan bapa kepada anak sulungnya. Shaheizy sempat berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnnya dan mengundang rasa teruja di kalangan peminat pasangan ini.

Ada di antara mereka yang mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut selain mendoakan agar kesihatan Syatilla akan terjaga. Malah ada juga tertanya tanya mengenai jantina anak sulung mereka.

Syatilla ini selamat melahirkan bayi lelaki dan berita ini turut dikongsi  ibu mertuanya Khaty Fauziah dengan memuat naik gambar  bersama Syatilla sebelum memasuki bilik bersalin.

IKLAN

Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari lalu pada tahun 2016  pada majlis diadakan di Pulau Pinang.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry