Baru-baru ini, MURAI ada ternampak beberapa video mengenai minuman teh hijau dan matcha. Menerusi beberapa video, ada beberapa pengguna mendakwa minuman tersebut boleh menyebabkan kemandulan jika diambil secara setiap hari.
Tak dinafikan peminat minuman matcha dan teh hijau termasuklah MURAI turut berasa takut dan gelisah apabila mendengarkan hal tersebut. Disebabkan oleh itu, MURAI lakukan sedikit ‘penyelidikan’ dan mencari kesahihan pernyataan tersebut.
Minum teh hijau & matcha boleh buatkan kamu mandul?
Dipetik daripada Nova, Dr. Yassin Yanuar Mohammad iaitu Pakar Obstetrics & Gynecology (OB-GYN); mendedahkan bahawa minuman matcha atau teh hijau tidak boleh menyebabkan kemandulan. Lebih-lebih lagi kalau kamu mengambil minuman ini dalam kandungan kafeinnya yang kurang atau di bawah 200mg setiap hari. Ianya tidak berbahaya dan tidak mengganggu kesuburan.

Malah ada juga pakar kesihatan lain mendedahkan matcha dan teh hijau adalah minuman yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Kandungan antioksidan tersebut boleh menurunkan radikal bebas dan bagus untuk kandungan.
Tapi ada yang kata boleh gangu kesuburan dan kandungan…
Sekiranya diambil dengan kuantiti yang banyak atau melebihi dos yang sepatutnya setiap hari, secara tidak langsung matcha dan teh hijau boleh mengganggu tahap kesuburan serta kandungan seseorang. Menurut Helen Kim, pakar Endocronologist di Baby Center mengatakan teh hijau mengandungi kafein sama seperti kopi.
Mengambil lebih daripada 200mg setiap hari, minuman ini boleh meningkatkan risiko keguguran dan menganggu kesihatan bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja, minuman teh hijau dan matcha boleh membuatkan tahap folic acid dalam badan seseorang wanita itu menjadi rendah.
Folic acid sangat penting untuk wanita yang ingin atau sedang hamil kerana ia dapat mencegah kecacatan kelahiran di bahagian otak serta tulang sumsum bayi.
Kamu boleh minum matcha dan teh hijau, tapi pastikan dalam kuantiti sederhana ye. Bagi ibu mengandung pula, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu.











