Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan lembap, dapat merasa salji serta udara dingin memang satu pengalaman berbeza.
Namun, cabaran sebenarnya bermula ketika mengemas beg. Baju tebal, kot panjang dan pakaian berlapis-lapis boleh menyebabkan bagasi cepat penuh. Tetapi tahukah anda, pakaian musim sejuk sebenarnya masih boleh digunakan selepas pulang ke Malaysia?
Menerusi koleksi UNIQLO HEATTECH, berikut lima cara untuk memaksimumkan penggunaannya ketika bercuti dan selepas kembali ke tanah air.
1. Pilih HEATTECH Mengikut Destinasi
Tidak semua negara mempunyai suhu musim sejuk yang sama. HEATTECH di Uniqlo menawarkan tiga pilihan iaitu Regular, Extra Warm dan Ultra Warm.
Jika ke destinasi ekstrem seperti Lapland, Finland atau Quebec, Kanada, Ultra Warm boleh menjadi pilihan kerana memberikan kehangatan kira-kira 2.25 kali ganda berbanding HEATTECH biasa. Ia sesuai digunakan dalam julat suhu sekitar -20°C hingga 10°C.
Jadi, jangan main sumbat baju dalam beg. Pilih mengikut cuaca supaya bagasi tidak terlebih muatan.
2. Jangan Lupakan Aksesori Kecil
Selain kot tebal, sarung tangan, stoking dan skarf juga memainkan peranan penting ketika cuaca sejuk.
Aksesori HEATTECH bukan sahaja membantu memberikan kehangatan, malah boleh menjadi pelengkap gaya. Skarf berwarna terang misalnya mampu menyerlahkan penampilan walaupun anda memakai kot berwarna neutral.
3. Selesa Ketika Penerbangan Jarak Jauh
Penerbangan awal pagi, terminal berhawa dingin dan perjalanan berjam-jam boleh membuatkan badan tidak selesa.
Padankan HEATTECH dengan seluar santai, kardigan dan kasut sneakers untuk penampilan lapangan terbang yang praktikal. Teknologi penyerap kelembapan juga membantu mengurus lebihan peluh sepanjang perjalanan.
4. Kekal Bergaya Dengan Teknik Layering
Siapa kata pakaian musim sejuk perlu nampak terlalu tebal? Cuba gayakan HEATTECH bersama kemeja oversized, baju rajut dan kot panjang.
Bagi penampilan lebih premium, koleksi HEATTECH Extra Warm Cashmere Blend menawarkan pilihan crew neck dan turtleneck. Ia kira-kira 1.5 kali lebih panas berbanding HEATTECH biasa serta mempunyai fabrik regangan yang selesa.
5. Gunakan Semula Selepas Pulang Ke Malaysia
Ini bahagian paling menarik! Jangan terus simpan pakaian musim sejuk selepas pulang bercuti.
HEATTECH masih boleh digunakan ketika berada di pejabat yang terlalu sejuk, pusat beli-belah atau ketika bercuti ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Teknologi penjanaan haba melalui penyerapan kelembapan badan membantu menghasilkan kehangatan, menjadikannya praktikal untuk ruang berhawa dingin.
Kesimpulannya, pakaian musim sejuk tidak semestinya hanya berguna ketika berada di luar negara. Dengan pilihan yang tepat, satu koleksi boleh digunakan untuk pelbagai situasi. Barulah berbaloi setiap ruang dalam bagasi yang dikorbankan!














