Tahun ini kita telah dihidangkan dengan banyak iklan raya dari agensi dan syarikat terkemuka yang cukup kreatif. Rata-rata netizen cukup terhibur dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan yang dikeluarkan samaada di TV mahupun di media sosial. Ada yang betul mencuit hati tak kurang juga menyentuh hati.
Berikut iklan Hari Raya bagi tahun 2017 yang mampu mengundang air mata.
1. Iklan Hari Raya Pelaburan MARA 2017
Cukup menyedihkan apabila kita mengenangkan pemergian orang yang tersayang. Iklan Raya dari Pelaburan MARA ini cukup dramatik dari tragedi kemalangan sehinggalah nasib anak yatim piatu. Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini?
2. TNB 2017 – Dugaan Raya Aida – #DugaanRaya
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghasilkan iklan hari raya berjudul ‘Dugaan Raya Aida’ yang menyampaikan mesej kekeluargaan serta persahabatan. Ia antara lain memaparkan kisah seorang gadis kampung, Aida yang bekerja di Kuala Lumpur, membuat persiapan hari raya dan mencari rezeki untuk keluarga dalam kesibukan menyiapkan tugasan di pejabat.
Sehingga saat ini iklan tersebut mencecah sehingga 800k tontonan di Youtube.
3. Sahabat Raya – AKPK
Ibarat sahabat, AKPK sentiasa ada untuk berkongsi dan membantu masyarakat membuka jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan kewangan. Sahabat yang prihatin tidak akan membiarkan sahabatnya dalam kesusahan dan keseorangan.
4. Iklan Raya TM 2017: Kampung Batu 311 Diselubungi Misteri
Iklan ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak kampung yang cuba menyiasat siapakah Super Hero yang digelar Batman kerana membantu orang kampung menyelesaikan masalah pada waktu malam. Hasil penyiasatan ini telah merungkai sesuatu yang di luar jangkaan.
Mendapat tontonan sebanyak 475k sehingga kini dan iklan ini juga menjadi antara yang popular pada tahun ini.
5. Kasih Sayang Duit Raya Terbaik
Pengembaraan Rizal, seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang beraya ke Kampung Syawal.
Ketika dalam perjalanan, Rizal dihantui dengan “Beban” atau dugaan yang semakin berat dan semakin besar keatas dirinya. Mesej yang disampaikan adalah doa dari ibubapa yang menanti kepulangan ke kampung. Kasih Sayang lah duit yang terbaik untuk diberikan pada keluarga.
6. Mulakan dengan yang baharu – Samsung
Mesej yang disampaikan sangat mendalam. Jangan sibuk mengejar harta dunia. Sebelum terlambat, inilah masa yang paling tepat untuk menunjukkan betapa sayang dan rindunya kita kepada orang tersayang terutamanya ibu dan ayah yang sentiasa mahukan masa bersama kita.
7. Iklan Aidilfitri Astro – Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah
Yang ini begitu menyentuh hati. Drama pendek yang menyaksikan hubungan akrab antara Abah dan Luqman. Luqman dilahirkan tidak sama seperti kanak-kanak yang lain, namun sebagai seorang bapa mungkin menjadi cabaran yang luarbiasa membesarkan Luqman.
8. Wayang Sayang – Filem Raya Maxis 2017
Wayang Sayang. Itulah tajuk filem Hari Raya 2017 daripada Maxis. Ia dilakonkan oleh Beto Khusairi. Filem raya daripada Maxis ini mengisahkan sepasang suami isteri Kamil dan Nora yang bercadang untuk berpisah. Mereka baru sahaja berkahwin dalam dua tahun.
Barulah kenal hati budi sebenar apabila sudah menjadi suami isteri tinggal sebumbung. Hidup mereka banyak berlakon, dan bermain wayang di depan orang. Sehinggal mereka di panggil untuk mendengar wasiat dari Ayah Kamil dan segalanya berubah.
9. PETRONAS Raya 2017: Donut ke Karipap?
Sejak dahulu lagu, Petronas tidak pernah menghampakan penonton dengan Iklan Raya yang dikeluarkan. Kali ini kisah sekumpulan kanak-kanak di sekolah asyik memikirkan kuih donat dan karipap. Watak Hakim cukup mencuit hati kerana dugaanya berpuasa penuh namun dia sedar bahawa bulan ramadan bukan sekadar berpuasa sahaja. Pengajaran Ramadan menjadilah hari mulia lebih bermakna.
10. Iklan Raya Malaysia Airlines 2017 | #RayaAroundTheWorld
Malaysia Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mejadi kebanggaan rakyat Malaysia. Iklan raya bagi tahun ini menyaksikan bahawa tidak kira di mana kita berada, dengan adat dan tradisi berbeza, Aidilfitri tetap meriah disambut bersama insan tercinta.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.