Mungkin ramai yang tidak tahun mengenai filem superhero terbaru ini. Filem yang melibatkan ramai pelako popular ini, Badang: Adiwira Sepanjang Zaman baru sahaja mengeluarkan treler rasmi dan ia kelihatan agak mengejutkan!

Watak Badang (atau Bad) adalah superhero berkostum kuning hijau yang dimainkan oleh Dato ‘Aliff Syukri bakal melakar sejarah apabila seorang jutawan kosmetik beraksi kali pertama dalam filem.

Dihasilkan oleh FiTA Studios, tarikh sebenar akan ditayangkan untuk filem itu belum disahkan, tetapi setakat ini filem bakal menjanjikan persembahan terbaik dari segi kesan khas dan aksi menarik.

Selain Aliff, filem ini turut dimeriahkan dengan pelakon-pelakon popular seperti Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi, Fasha Sandha.

Tiada treler yang betul tetapi ada beberapa rakaman di sebalik tabir kiini berada di laman youtube:

https://www.youtube.com/watch?v=F4AcTMi38u4

Selain daripada poster filem yang menjadi bahan kritik netizen di laman sosial, mereka juga turut mengecam pemilihan Aliff Syukri sebagai hero bagi filem berkenaan. Mereka beranggapan, masih ramai lagi pelakon yang layak berbanding jutawan kosmetik berkenaan untuk memegang watak Badang.

IKLAN

Sumber Hype Geek

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry