C-Drama kembali ‘mendunia’ di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul ‘Sunshine Through The Rain‘, memaparkan kisah menyentuh hati yang menggabungkan elemen persahabatan, perjalanan hidup dan percintaan.
Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian
Dibintangi Yang Chao-yue dan Dong Si-cheng, ‘Sunshine Through The Rain‘ ditayangkan secara global di platform Netflix pada 6 November baru-baru ini.
Dalam C-Drama ini, Chao-yue membawa watak Zheng Yu, seorang pelajar biologi yang bekerja sambilan untuk menampung kos rawatan ibunya dan hutang keluarga. Pada masa yang sama, Zheng Yu berusaha keras untuk mendapatkan biasiswa pengajian.
Namun kehidupannya berubah selepas bertemu Chen Yan-zhou (Dong Si-cheng), seorang pelajar berbakat yang kembali ke kampus selepas mengambil cuti panjang. Pada awalnya mereka berdua bersaing dalam pelajaran tetapi keadaan mula berubah apabila kedua-duanya terpaksa bekerjasama dalam sebuah projek penyelidikan.
Di sebalik sikap dinginnya, Yan-zhou sebenarnya menyimpan trauma masa lalu dan tekanan daripada keluarga. Walau bagaimanapun, hubungan mereka mula rapat apabila memahami kesukaran masing-masing.
Untuk makluman, ‘Sunshine Through The Rain‘ turut mengangkat fenomena hujan panas sebagai simbol harapan. Ia menggambarkan kekuatan seseorang untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan kesukaran.
Jangan lepaskan peluang untuk strim ‘Sunshine Through The Rain’ di Netflix!













