Nampaknya netizen masih lagi memperkatakan mengenai impak filem seram, It yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2 minggu yang lalu.

murai.my turut menganjurkan tayangan perdana bersama pembaca bertuah kami dan rata-ratanya turut memberi komen filem ini cukup menyeramkan.

Terkini, berita baik untuk anda peminat filem ini, Warner Bros dan New Line Cinema telah mengumumkan sekuel kepada filem seram blockbuster ‘It’ yang akan ditayangkan pada 6 September 2019.

Sekuel ini akan menunjukkan adegan 27 tahun kemudian selepas ahli kumpulan Losers Club menjadi dewasa yang suatu ketika dahulu mereka pernah menentang makhluk aneh dan seram, Pennywise the Dancing Clown yang menjadikan musim panas zaman kanak-kanak mereka satu mimpi ngeri.

Sejak ditayangkan, filem yang diadaptasi daripada novel ‘It’ karya Stephen King ini bukan sahaja mencatatkan rekodnya tersendiri malah menjadi filem seram yang mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang masa.

IKLAN

Sehingga ke hari ini, jumlah hasil pendapatan dalam negara bagi filem ‘It’ adalah sebanyak $266.1 juta manakala $478.1 juta di seluruh dunia.

Sumber GQ Magazine 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry