Pelakon Uqasha Senrose dan pengacara TV Hefny Sahad nampaknya sudah tidak segan untuk mempamerkan mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.

Bibit-bibit percintaan mereka mula mendapat perhatian selepas Hefny sering memuatnaik gambar bersama di Instagram. Bukan gambar biasa-biasa, tapi mereka sering menunjukkan aksi-aksi comel dan romantik.

IKLAN

Aksi-aksi romantis mereka jelas menunjukkan yang Uqasha berkemungkinan kekasih yang bertakhta di hati Hefny pada masa ini.

Ada netizen yang suka lihat mereka bersama dan memohon dipercepatkan untuk bernikah. Namun apa yang murai.my kecewa tatkla melihat beberapa orang pengikut yang melemparkan komen negatif kepada mereka berdua.

https://www.instagram.com/p/Ba9MA0aneuD/?hl=en&taken-by=hefnysahad

Salah seorang peminat yang tidak berpuas hati dengan hubungan ini memohon supaya mereka berdua cepat putus. Peminat ini mendakwa Uqasha tidak setia dan sering bertukar kekasih. Pandai-pandai jer peminat ini buat spekulasi.

Namun sebagai peminat, kita harus menyokong mereka untuk menjadi insan yang lebih baik. Pada peminat yang tidak suka mereka bersama, harap-harap kurangkan lah rasa iri hati itu.

murai.my berpendapat individu yang melemparkan komen negatif ini mesti kecewa kerana menaruh hati terhadap Hefny. Kalau ya pun begitu, janganlah sampai mengutuk. Doakan kebahagiaan mereka. Betul tak?

IKLAN
Artikel SebelumnyaJustin Bieber dan Selena Gomez Bercinta Semula?
Artikel SeterusnyaKantoi! Batman Dalam ‘Justice League’ Suka Blackpink
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.