Monday, December 16, 2024

8 Foto Mummy Khaty Bukti Makin Berusia Tetap Mengancam

41
KONGSIAN

Siapa kata bila dah berusia tak perlu lagi tampil bergaya dan trendy? Orang bijak selalu berkata bahawa umur itu tidak menentukan kedewasaan seorang manusia. Betul tak?

murai.my pun setuju dengan kenyataan ini kerana kadang-kadang ada saja orang yang umurnya sudah dewasa tapi kelakuan dan penampilan masih seperti anak kecil, sebaliknya juga ada umur masih muda, tapi gaya dan penampilan sudah macam makcik-makcik.

Seperti artis veteran ini, sukar untuk menyangka kalau umurnya sudah masuk 60an. Malahan ada yang berkata gayanya seperti tak sesuai dengan umurnya. Namun apa salahnya nak bergaya seperti orang muda? Yang penting hati bahagia.

Khaty Fauziah atau lebih mesra dipanggil Mummy Khaty mempunyai sifat yang cukup santai. Lihat sahaja ibu kepada Zizie Izette dan Shaheizy Sam ini mengenakan pakaian orang muda ketika bercuti di luar negara. Memang ‘Vogue’!

Rumah tangga Bergolak

Baru-baru ini tercetusnya berita kurang enak dari Mummy Khaty di mana dia mengakui rumah tangganya dilanda dugaan beberapa bulan lalu kini semuanya sudah kembali normal.

Dari laporan Utusan Online, menurutnya, dia bersyukur kerana semuanya sudah baik dan dia kini masih lagi seorang isteri kepada suami yang dicintainya.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI