Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki.
Penampilannya itu dilaporkan merujuk kepada reka bentuk kulit album penyanyi itu yang berjudul “WO[E]MAN”.
Penampilan Penyanyi Mexico Berkorset Dada Lelaki Jadi Tumpuan
Muncul di karpet merah Anugerah Grammy Latin, Sofia memilih rekaan yang tidak konvensional. Penampilannya itu terdiri daripada baju lengan panjang berona kelabu dan skirt, diperincikan dengan sentuhan korset yang meniru otot dada dan perut lelaki.
Sekali pandang, korset itu nampak seperti gambaran tubuh badan yang sebenar dan ianya boleh memberi salah faham kepada mereka yang melihatnya.
Bagi sesetengah pengguna media sosial, ada yang menganggap penampilannya itu sebagai satu bentuk ekspresi artistik. Manakala segelintirnya mempersoalkan mesej yang dimaksudkan oleh penyanyi Mexico itu melalui pakaiannya.
Kamu pula bagaimana?











