Selaras dengan perniagaan dalam talian yang semakin berkembang, wujud satu sindiket yang menawarkan kemudahan membeli sijil cuti sakit (MC) melalui media sosial kepada pelanggan.

Iklan untuk mendapatkan MC di laman sosial tersebut itu dibuat secara terang-terangan, di mana pelanggan yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang tertera.

IKLAN

screen-shot-2017-01-03-at-10-26-39-pmSindiket ini, yang aktif di Facebook mengiklankan aktivitinya ini sebagai satu kumpulan yang mampu menawarkan ‘hujung minggu lebih panjang bersama orang tersayang’ dengan menjual sijil cuti sakit palsu.

Namun apa yang pelik, sindiket ini masih beroperasi seperti biasa Facebook seolah-olah pihak berkuasa tidak mengambil tindakan. Iklan terbaru mereka adalah promosi sempena perayaan hari natal, di mana pelanggan boleh membeli Sijil MC palsu untuk mendapatkan cuti yang lebih panjang.