Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

[VIDEO] Raya Haji: Model Jepun Tercengang Lihat Penyembelihan Korban, Tapi ‘Ending ‘Dia Buat Ramai Sebak

Terkejut Lihat Korban, Model Jepun Ini Tak Sangka Akan Terlibat Sampai Tolong Masak Sekali!

by Phic ARMAN
June 6, 2025
Share on Facebook

Seorang pempengaruh dari Jepun, @sora_fula, yang ada lebih 140,000 pengikut di TikTok, baru-baru ini jadi perhatian ramai selepas dia kongsikan pengalaman pertamanya menyaksikan ibadah korban di Malaysia.

Dalam video yang dikongsi, Sora kelihatan agak terkejut dan tercengang bila lihat sendiri proses penyembelihan lembu di sebuah kampung. Dia siap tertanya-tanya kenapa ramai orang berkumpul dan tengok dengan penuh minat. Wajahnya memang nampak takut, sampai ada orang kampung cuba tenangkan dia dengan sabar.

@sora_fula

First experience!! #fyp #sora #harirayahaji #korban

♬ original sound – Sora – Sora

Tapi yang menariknya, bila Sora mula faham maksud sebenar di sebalik ibadah korban,  tentang pengorbanan, bantu orang susah, dan semangat berkongsi, dia mula buka hati. Bukan setakat tengok, dia siap tolong penduduk kampung merewang dan masak daging korban bersama-sama. Suasana jadi mesra, dan jelas dia makin selesa.

Sebenarnya, dalam video-video lain pun Sora dah lama tunjuk minat terhadap budaya Islam. Dia pernah lawat masjid yang cantik, cuba makanan halal, dan sering kongsi pandangan positif tentang apa yang dia alami. Gaya dia yang terbuka dan penuh rasa hormat buat ramai pengikut rasa terinspirasi.

@sora_fula

Malaysia’s mosque is so beautiful ! Please let us know where else we need to visit ! 😆✨ #fyp #mosque #masjid #ramadan @KAZ @NAVITO

♬ オリジナル楽曲 – Sora – Sora

Untuk pengetahuan, umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025, iaitu esok. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, di mana ibadah korban dilakukan sebagai simbol ketaatan kepada Allah serta untuk membantu golongan yang memerlukan. Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan ahli keluarga. Satu amalan yang menekankan nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat.

Ramai yang komen mendoakan kebaikan buat Sora, malah ada yang berharap satu hari nanti dia teruskan langkah untuk lebih mengenali Islam. Ada juga yang puji cara orang kampung sambut dia dengan baik, tanpa prejudis.

Daripada takut dan keliru, kepada faham dan terlibat sendiri. Pengalaman ini jelas beri kesan besar pada Sora. Kadang-kadang, bila kita terbuka hati untuk faham budaya orang lain, banyak perkara indah yang boleh kita temui.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Ibadah KorbanRaya HajiSora Fula
https://lomp.at/ozbyu
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem