Kisah perjuangan pelakon Zarina Zainuddin membesarkan anak-anak kembarnya yang menghidapi Autism sememangnya diketahui umum dan ramai yang memuji sikap kesabaran pelakon ini.

Niat Ingin Berniaga Tetapi Dihalau Dan Ditengking Pula

Akan tetapi semalam, HangatMalaysia difahamkan Zarina di Instagram telah berkongsi cerita sedih bersama pengikutnya apabila dia dan anaknya telah ditengking malah dihalau oleh seorang peniaga lain yang tidak senang dengan kehadiran mereka untuk berniaga di situ. Berikut luahan Zarina;

” Assalamualaikum..Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.
Saya baru sampai di sana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn Azil ditepi bucu. Ada tempat duduk di situ. Sementara tengok handphone saya, customer saya dah sampai, nak tahu Kak Ina kat mana. Sebab tak ada parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta. Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya, suruh angkat pulut saya di situ. Bagi lah salam bang, tiba-tiba menjerit, saya dahlah dengan Azil tak tentu arah jadinya. Kita ini orang Melayu jangan berdengki sama sendiri. Awak jual buah, saya jual pulut, jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan. Awak nak marah pun jangan tengking-tengking orang. Customer saya tengah nak beli pun dia halau..”

Jual Pulut Kuning Untuk Sara Keluarga

Bagi anda yang tidak tahu, Zarina sejak beberapa tahun yang lalu telah mengusahakan perniagaan pulut kuning dan sentiasa mendapat sokongan dan permintaan yang tinggi dari pelanggan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana ..saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn azil ditepi bucu ada tempat duduk disitu sementara tengok hand phone saya customer saya dah sampai nak tahu kak ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.. Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya ..suruh angkat pulut saya disitu .. Bagi lah salam bang ..tiba tiba menjerit saya dah lah dengan azil tak tentu arah jadinya.. Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.. Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.. Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut..kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut..nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning .. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju.. Melayu ke tu yea..orang Melayu.. Saya dapat pahala bagi orang makan semalam ..😀 Allhamdulillah 💕 Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang .. Rezeki Allah bagi😁 Semuga abang tu dapat membersihkan hatinya ..❤💕 Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

IKLAN

Mungkin nasib mereka pada kali ini tidak bernasib baik dan pada hari itu juga dia telah membatalkan niat untuk berniaga dan seterusnya bersedekah pada mereka yang berada disitu. Semoga murah lagi rezeki Zarina sekeluarga selepas ini!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry