Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026
Share on Facebook

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang suami isteri demi memenuhi hasrat anak mereka untuk menerima sendiri ijazah di pentas konvokesyen.

Bagi Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy, 23, detik menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (UC TATI) ke-26 membawa makna tersendiri selepas disahkan menghidap kanser otak tahap empat ketika berada di tahun akhir pengajiannya.

Walaupun keadaan kesihatan memerlukan sokongan oksigen, Muhammad Afiq berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian), sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Khas Aegrotat pada majlis berkenaan.

Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy ditemani ibu bapanya sendiri sewaktu menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI ke-26 pada 10 Oktober 2026.

Bapanya, Kepten Ts Mohd Hairul Fahmy Yob, yang juga pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berkata anaknya tidak pernah menunjukkan sikap mudah berputus asa meskipun berdepan keadaan kesihatan yang semakin mencabar.

Muhammad Afiq
Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy diiringi oleh kedua ibu bapanya turut diberi penghormatan oleh rakan-rakannya untuk ke pentas Majlis Konvokesyen Kolej TATI ke-2

Katanya, hasrat Muhammad Afiq untuk hadir sendiri ke majlis konvokesyen itu membuatkan mereka sekeluarga berusaha mencari jalan terbaik bagi membolehkannya menempuh perjalanan jauh dalam keadaan selamat.

“Sememangnya untuk hadir ke majlis konvokesyen ini adalah kemahuannya sendiri yang kami tidak mampu untuk menolaknya walaupun kami menyedari ia satu perjalanan jauh. Kami tempuhi perjalanan selama dua hari untuk sampai ke sini kerana keperluan kesihatannya.

“Demi Afiq, kami sanggup mengusahakan segala-galanya malah pernah terfikir untuk mendapatkan penerbangan ihsan bagi membolehkannya hadir ke majlis konvokesyen ini. Namun, atas nasihat doktor, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menaiki pesawat,” katanya.

Keluarga itu akhirnya meneruskan perjalanan menggunakan ambulans bagi memenuhi keperluan Afiq sepanjang perjalanan dari utara Semenanjung ke Terengganu.

Pada majlis bersejarah itu, Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy menerima sendiri Anugerah Khas Aegrotat dalam keadaan berkerusi roda dan ditemani kedua-dua ibu bapanya. Anugerah itu disampaikan oleh Naib Canselor UC TATI, Dato’ Ir. Kamaluddin Abd Rashid bersama Rektor, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Muhammad Afiq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Sailor Honeymoon
Spotlight

Sailor Honeymoon Tolak Kesempurnaan Dalam Album Debut “The Worst Of Sailor Honeymoon”

by Nurul A.
August 20, 2026

Diterbitkan oleh Luke Smith (Foals, Shura, Depeche Mode), diadun oleh Claudius Mittendorfer (Parquet Courts, Temples) dan dimaster oleh Katie Tavini,...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Putera Harry & Meghan Markle
Spotlight

Kepulangan Putera Harry & Meghan Markle Cetus Kegusaran Kerabat Diraja British

by Nurul A.
August 21, 2026

Enam tahun lalu Putera Harry dan Meghan Markle telah mengejutkan rakyat Britain dengan berita pemergian mereka daripada negara itu serta...

Read moreDetails
Spotlight

Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ. Daripada...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara