Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya.
Anita memaklumkan, bagi mengelak daripada menerima hukuman fizikal itu, dia membayar sekitar 100 juta Toman (RM9,723.81).
Penyanyi Iran Hampir Kena 74 Sebatan Gara-Gara Muncul Tanpa Hijab
Kes itu didakwa bermula selepas Anita memuat naik cover video muzik terbarunya, “Royaye Azadi” oleh Ebi dan Shadmehr Aghili. Lagunya dirakam di sebuah studio, manakala video muziknya dirakam di Tehran, tanpa memakai hijab.
Video muzik itu dengan serta-merta telah menuai hampir 2 juta tontonan. Dan tak lama selepas itu, saman mahkamah dikeluarkan.
Paling mengejutkan Anita, dia hanya mengetahui tentang pertuduhan rasmi itu ketika cuba meninggalkan Iran. Ejen keselamatan merampas pasportnya di lapangan terbang, memaklumkannya tentang larangan perjalanan aktif.
Selepas melantik seorang peguam, Anita mengetahui bahawa dia telah dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 74 kali atas beberapa pertuduhan, termasuk melanggar peraturan kesopanan awam dan pemakaian hijab.











