Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ramalan Juara AJL32: Terbukti Nyanyi Lagu Sendiri Jadi Pilihan Juri

by Phic ARMAN
January 23, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dinobatkan sebaga Juara Lagu yang ke 31, tahun ini siapa pula akan merangkul anugerah ini ya!

Anugerah Berprestij

Seperti mana yang kita tahu, Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Setiap tahun sebuah lagu akan dipilih sebagai Juara Keseluruhan dan diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.

Bebas Memilih Penyanyi

Apa yang menarik tentang pertandingan ini, penggubah bebas memilih penyanyi yang akan mempersembahkan lagu ciptaan mereka secara langsung ketika pertandingan.

https://www.youtube.com/watch?v=YB9Ukakiqdo

Ini terbukti apabila AJL pernah menobatkan lagu yang bukan dinyanyikan oleh penyanyi sebenar seperti pada tahun 2012. Aizat Amdan merupakan satu-satunya penyanyi gantian yang berjaya memenangi anugerah utama pada tahun 2012. Aizat menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang kerana Yuna mempunyai komitmen rakaman album di USA.

Nyanyi Lagu Sendiri Jadi Juara

Sejak anugerah ini diperkenal dari tahun 1985, M. Nasir merupakan pemenang anugerah keseluruhan pertama yang mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikan/merakamkan sendiri lagu ciptaannya pada edisi 1994.

Ini diikuti oleh Yasin Sulaiman (2001), Richael Lawrence Gimbang – Kumpulan Estranged (2007), Nik Mustaza Nik Mustapha (2008), Ana Raffali (2010) dan Yuna Zarai (2012). Tetapi Yuna hanya menyanyi di peringkat Separuh Akhir sahaja kerana komitmennya di USA.

YouTube video

Selain menulis lirik, Richael Lawrence Gimbang memenangi anugerah keseluruhan pada tahun 2007 (Itu Kamu) menerusi penglibatannya dalam lagu tersebut sebagai pencipta lagu dan penyanyi utama kumpulan Estranged. Nik Mustaza Nik Mustapha juga serupa, tetapi beliau bukan penyanyi utama kumpulannya, sebaliknya sebagai pemain gitar utama.

Finalis AJL ke 32

Debaran sudah terasa, 12 lagu bakal berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Tahun ini menyaksikan 4 buah lagu yang bakal bertanding terdiri daripada penulis lirik, pencipta lagu dan penyanyi yang sama. Syamel, Faizal Tahir & Hael Husaini bakal mempertaruhkan lagu mereka dan menyanyikan di pentas AJL32. Namun Faizal Tahir tidak dapat beraksi di pentas namun Azmi Caliph Busker akan menjadi penyanyi gantian.

Ramalan Juara AJL32

Melihat pada sejarah AJL yang berulang kali menobatkan lagu yang ditulis, dicipta dan dinyanyikan oleh orang sama jadi murai.my meramalkan Syamel, Faizal Tahir dan Hael Husaini antara yang akan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu yang ke-32.

Syamel 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Vokal Syamel memamg tidak dapat dipertikaikan lagi. Beliau mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Aku Cinta nyanyian duet bersama Ernie Zakri dan Lebih Sempurna. Ramai peminat menjangkakan Syamel bakal bergelar juara kerana kedua-dua lagu ini antara lagu yang mempunyai jumlah tontonan yang tinggi di Youtube.

Hael Husaini

Tahun 2017 sememangnya menjadi detik indah buat penyanyi Hael Husaini apabila mencatat kejayaan cemerlang menerusi lagu Jampi. Lagu Jampi dipilih sebagai Lagu Domestik Paling Tinggi Penstriman sepanjang 2017.

Mungkinkah Hael akan mengikut jejak Juara AJL yang lepas seperti, Yuna, M. Nasir, Ana Rafali di mana lagu yang ditulis dan dicipta sendiri jadi juara keseluruhan.

Faizal Tahir

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Walaupun sudah kebiasaan Faizal Tahir akan tampil di pentas AJL, mungkin pada tahun ini anugerah ini milik beliau.  Bekas pemenang Vokal Terbaik AJL23 (2009) menerusi lagu Sampai Syurga ini pernah berhasrat tidak mahu menyertai pertandingan ini kerana mahu memberi fokus pada karier seninya. Faizal dia lebih selesa untuk menyerahkan tugasan nyanyian itu kepada orang lain.

AJL32 Lebih Segara

Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis. 

Mest tak sabar kan? Nantikan persembahan mereka pada 11 Februari di TV3 jam 9 malam.

Baru Kehilangan Ibu Tahun Lalu, Kini Bapa Khai Bahar Pula Meninggal Dunia!
aizat amdanajl32ana rafaliEstrangedfaizal tahirhaqiem ruslihazamajuara AJL32khai baharNik Mustaza Nik MustaphaRichael Lawrence Gimbangwani hasritayuna zarai
https://lomp.at/lfqyo
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara