Minggu lalu, Amena Khan mencipta sejarah dengan menjadi model hijab yang pertama untuk membintangi kempen rambut untuk jenama terkenal. Semasa kerjasamanya dengan L’Oréal Paris diterima dengan baik, hari ini telah membawa satu berita yang tidak dijangka.

Netizen telah membongkar kenyataan dari Amena yang mengeluarkan satu tweet yang mengkritik Israel pada tahun 2014. Tweet tersebut telah mempengaruhi dirinya untuk menamatkan kerjasama dengan jenama itu.

“Dengan penuh penyesalan, saya memutuskan menarik diri kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen terbabit.”

Sehubungan itu kumpulan L’Oreal yang dihubungi AFP berkata, mereka menerima keputusan Amena.

IKLAN

“Kami menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan dalam tweetnya dan terhadap reaksi yang timbul,” katanya.

Ini bukan kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosikan kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat modelnya di media sosial.

Sumber CNN