Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Tak Sama! 5 Bukti Watak Diana Dahlan Bukan Mona Fandey

by Phic ARMAN
April 9, 2018
183
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya filem Dukun mendapat sambutan mengalakkan dari penonton dari lapisan masyarakat. Malah filem ini telah mencipta sejarah tersendiri dengan tayangan 34 kali  di pawagam tempatan, yang mana ia dikatakan jarang berlaku kepada mana-mana filem tempatan.

Maklumat itu dikongsikan oleh penerbit filem Astro Shaw dan laman filem tempatan filemkita.com menerusi Twitter

Sebenarnya Dukun diilhamkan dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey pada 1993. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Keluarga Mona telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kandungan dan asas filem selepas pengumuman keluaran filem. Para penerbit sejak itu menafikan bahawa filem tersebut sepenuhnya berdasarkan peristiwa sebenar, tetapi ia hanya diilhami oleh peristiwa tersebut.

Namun kami murai.my telah berjaya membuktikan hal ini selepas menontonnya sendiri. Watak Diana Dahlan dalam filem ini sama sekali tidak menyamai kehidupan sebenar Mona Fandey. Cuma modus operandi pembunuhan yang dilakukan agak sama.

Berikut 5 hal yang membuktikan bahawa watak Diana Dahlan yang dilakonkan oleh Datin Paduka Umie Aida bukanlah Mona.

Diana Dahlan Penyanyi Terkenal di Kelab Malam

YouTube video

Mungkin generasi sekarang tidak mengenaili wanita ini. Mona merupakan bekas penyanyi yang pernah mempunyai album sendiri berjudul, Diana 1 pada 1987. Namun karier nyanyiannya agak sendu, menyebabkan beliau beralih arah kepada pengamal perubatan tradisional.

YouTube video

Sebaliknya Dalam filem Dukun, watak Diana Dahlan sebagai penyanyi kelab malam yang popular dan sama sekali tidak menyamai dengan dengan kehidupan Mona Fandey yang sebenar. Malah dalam filem ini, Diana Dahlan masih menyanyi di kelab malam walaupun bergelar dukun. Kejelitaan Diana di pentas mampu memukau penonton ditambah dengan kemerduan suaranya bikin meremang dibuatnya.

[VIDEO] Umie Aida Menyakat Mak Semah Buatkan Netizen Terhibur!-"Cakap Love You Too Dulu"

Diana Dahlan Lakukan Pembunuhan Seorang

Jika imbau kembali sejarah kes pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris, Mona dan suaminya Mohamed Affandi Abdul Rahman antara suspek utama.

Namun sebaliknya watak Diana menerusi filem dukun, pembunuhan ini hanya dilakukan seorang diri dibantu oleh dua orang pekerja iaitu dilakonkan oleh Sofi Jikan dan Hasnul Rahmat. Sepanjang filem ini tidak ada gambaran menunjukkan Diana adalah isteri orang.

Diana Dahlan Tak Sengaja Membunuh

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan yang dilakukan oleh Mona dan suaminya. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank.

Foto: BH Online

Mangsa telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk “jatuh dari langit.” 

Tiada wang jatuh, sebaliknya ia adalah sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat.

Foto: Says.com

Namun jika ditonton filem Dukun, Diana Dahlan melakukan upacara menguji kekebalan Datuk Jefri yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli, namun malangnya upacara itu bertukar menjadi acara pembunuhan kerana mangsa telah melanggar pantang iaitu melakukan hubungan hubungan seks dalam tempoh 4 hari sebelum upacara.

Diana tidak menyangka Datuk Jefri telah menipu dengan melanggar pantang dan pembunuhan dilakukan tidak sengaja.

Diana Dahlan Tak Menipu Wang

https://www.instagram.com/p/BhOIOniBk6N/?taken-by=umieaida9

Menurut Wikipedia, Mohd Affandi dalam pembelaannya, berkata Datuk Mazlan Idris berhutang kepadanya sebanyak RM2 Juta untuk “rotan sihir”, tangkal dan topi tradisional yang dikatakan milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno. Kemungkinan itu alasan pasangan ini mahu membunuh bagi mencuri wang dari mangsa.

Manakala dalam filem Dukun, Diana tidak menunjukkan bahawa dia mahu menipu mangsa  malah dia berniat untuk membantu Datuk Jefri memiliki kuasa kekebalan selepas dibayar sebanyak RM1.2 juta. Diana dikatakan mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak yang digunakan dalam upacara itu.

[VIDEO] Umie Aida 'Redha' Didenda Lebih RM1k Gara-Gara Sebiji Epal Ke New Zealand, Jadi 'Bahan' Rakan Selebriti!

Diana Dahlan Tidak Buat Rayuan Hukum Gantung

Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan. Mereka mengemukakan notis rayuan namun ditolak.

Tetapi sebaliknya berlaku ketika perbiacaraan dalam filem Dukun. Diana tidak mahu membuat rayuan di atas hukuman gantung yang dijatuhkan malah dia mahu urusan hukum gantung dipercepatkan.

Filem init melibatkan pelakon hebat seperti Ramli Hassan, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Nam Ron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Awaa Vanja, Elyana, Sofi Jikan dan Chew Kin Wah. Masih ada masa ada lagi untuk anda menonton filem ini. Apa tunggu lagi?

diana dahlandukunelyana dukunmona fandeyreview dukunUmie Aidawatak diana dahlan
https://lomp.at/286of
Share73Tweet46SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Entertainment

“Enjoy Your Stay” Kembali dengan Musim Kedua yang Lebih Menghiburkan

by Aphit J.
July 6, 2025

Drama komedi popular terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Enjoy Your Stay, bakal kembali untuk musim kedua dengan jalan...

Read more
Foto - @squidgamenetflix (IG)
Filem

“Siapa Pemenang & Siapa Yang Mati?”- Ini Penjelasan Ending ‘Squid Game 3’

Spoiler alert! Murai yakin di luar sana pasti ramai yang sudah menonton filem siri 'Squid Game 3' yang ditayangkan secara...

Read more
by Soph Azz
July 2, 2025
Filem

[REVIEW] Misteri Rumah Darah – Sumpahan Dendam Yang Perlu Ditunaikan

Bagi pencinta filem seram Indonesia, Misteri Rumah Darah pastinya menjadi antara filem yang wajib tonton tahun ini. Diinspirasikan daripada episod...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 25, 2025
Filem

[VIDEO] Patut Ke Amir Ahnaf Pegang Watak Thanos Dalam Squid Game?

Bila sebut Squid Game, mesti ramai terus terbayang permainan yang tegang, watak-watak pelik tapi menarik, dan kisah yang buat kita...

Read more
by Phic ARMAN
June 23, 2025
Filem

[ULASAN] Mirugasirisham: The Orion, Seram Komedi ‘Next Level’ Yang Patut Ditonton Semua Kaum

MURAI baru saja keluar dari panggung lepas menonton Mirugasirisham: The Orion, dan jujurnya… kami masih belum habis ‘digest’ apa yang...

Read more
by Phic ARMAN
June 19, 2025
Filem

[REVIEW] Filem Martabat: Misi Berdarah – Penghargaan Buat Warga Belakang Tabir

Filem Martabat: Misi Berdarah telah mengadakan tayangan perdana pada 10 Jun 2025 bertempat di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur....

Read more
by Arsiqin Yusof
June 12, 2025
Filem

[REVIEW] Filem Air Mata Wanita – Hilang Segalanya, Tapi Dapat Lebih Dari Yang Disangka

Sebuah karya sinematik dari seberang, Keajaiban Air Mata Wanita, telah menjejak layar Malaysia menerusi Malam Gala Tayangan Perdana yang berlangsung...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 12, 2025
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read more
by Soph Azz
June 9, 2025
Filem

Filem ‘Laknat’ Kupas Realiti Manusia Sanggup Sekutukan Tuhan Demi Duniawi

Sebuah naskhah seram psikologi yang berpaksikan kisah benar, LAKNAT bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025. Mengupas realiti...

Read more
by Naddy Joe
June 3, 2025
Filem

Drama “Iqbal” Tampilkan Fesyen Patuh Syariah Sebagai Inspirasi

Drama bersiri terbaharu terbitan RTM berjudul Iqbal mengangkat tema bahawa Islam tidak menghalang umatnya berfesyen asalkan menepati syariat. Drama 30...

Read more
by Aphit J.
May 31, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem