Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Rozita Che Wan Jelaskan Sebab ‘Serang’ Zaihani Di Instagram

by Khai Azfar
April 24, 2018
Share on Facebook

Awal bulan lalu, kecoh mengenai status yang dikeluarkan oleh pengkritik fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain gara-gara mengkritik mereka yang berbadan besar turut menghadiri acara fesyen.

Malah dalam satu kenyataan lain, Zaihani turut menulis komen berbaur hasutan mengenai pelakon Rozita Che Wan dan menuduh pengurusnya yang dikenali sebagai Afeeq punca segalanya.

Saya Tak Suka Gaduh Dengan Orang- Che Ta

Tidak lama kemudian, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memuat kenyataan balas dengan menegur pengkritik fesyen itu secara terang-terangan di Instagram miliknya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hal itu, Che Ta berkata, dia tidak pernah bermusuh atau menyimpan dendam terhadap Zaihani Mohd Zain. Malah dia juga sudah lama mengenali Zaihani dan tegurannya itu dibuat kerana komen pengkritik fesyen itu mengenai dirinya dan pengurus.

“Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia. Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia ‘petik’ nama saya, sebab tu saya buat komen balas Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya,”

Tidak Perlu Kritik Orang Lain

Tambah pelakon itu, kenyataan yang dimuatnaik oleh Zaihani itu sama sekali salah kerana jika melihatkan usianya sudah tentu ianya juga tidak bersesuaian menghadiri ke majlis seumpama itu dan tiada siapa pernah menghakiminya.

“Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara. Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun,”

Diharapkan isu ini akan habis disini sahaja kerana sosial media sekarang semakin membimbangkan. Apa-apa sahaja status berkemungkinan menjelaskan sesuatu tanpa kita sedari.

[VIDEO] Gelagat Anak Che Ta, Aaisyah Pergi Stadium Sokong JDT, Curi Tumpuan Ramai!

Sumber Mstar Online 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
pengurus rozita che wanrozita che wanrozita che wan zaihanizaihani m zainzaihani mohd zain
https://lomp.at/akx8g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem