Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Misteri’, Ernie Zakri Jadi Gadis Saiko Kerana Kecelaruan Personaliti

by Phic ARMAN
May 4, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini Ernie Zakri pernah melancarkan lagu berjudul Misteri dan memuat naik video lirik lagu di laman YouTube pada 27 Mac lalu. Namun video itu secara tiba-tiba ‘hilang’ dari laman berkenaan selepas ia dipadamkan semula oleh pihak Ernie dan syarikat pengurusan Fantasia Music City (FMC) hanya beberapa hari selepas ia dimuat naik.

Jelas Ernie, video berkenaan berdepan masalah teknikal gangguan audio yang menyebabkan dia dan FMC terpaksa mengambil tindakan sedemikian. Misteri tak?

Muzik Video Rasmi Baru Dilancarkan

Setelah sekian lama, akhirnya Ernie telah melancarkan muzik video rasmi di saluran Youtube yang sama iaitu FMC Music. Tahniah Ernie! sebuah Muzik Video yang menerima banyak pujian dari penonton di Youtube. Kami di murai.my juga rasa meremang mendengar alunan melodi lagu itu dan jalan ceritanya juga amat misteri.

Kisah Seorang Gadis Saiko (Kecelaruan personaliti)

Berikut sedikit ulasan tentang penceritaan dalam video ini dari penonton di Youtube.  MV yang cukup meruntun jiwa ini mengisahkan seorang gadis yang dilakonkan oleh Ernie dari keluarga mewah. Gadis ini hidup kesunyian sebab gangguan perasaan masa lampaunya. Mungkin gadis ini trauma sebab melalui pengalaman terlalu sedih atau sangat menakutkan sebelum ini.

Lelaki dalam video ni yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat digambarkan sebagai Doktor pakar jiwa yg merawat gadis itu. Namun ada sesuatu yang pelik tentang buku catatan lelaki ini. Manakan tidak, seorang doktor pakar jiwa bukan nya menggunakan ‘scrapbook’ begitu. Jadi siapa yang saiko sebenarnya?

Topik Berkaitan Syamel Kesal 'Hamba Cinta' Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-"Dah Buat Sehabis Baik..."

Mungkin juga ada twist dlm kisah lagu ‘MISTERI’ ini, mungkin juga sebenarnya lelaki itu lah, yg mengalami gangguan mental. Dia sebenarnya bukanlah doktor sakit jiwa yg merawat gadis itu tapi hanya sebagai teman sepermainan untuk sentiasa menemani dan menghibur hati gadis yang kesunyian itu.

Apa-apa pun, sangat cantik dan menarik video lakonan beremosi Ernie dan Hasnul yang hebat ini, seolah-olah menonton filem pendek kisah misteri pula. Anda kena tonton sendiri untuk nilaikan.

Bakat Ernie Baru Disedari

Lagu bergenre balada itu dihasilkan komposer yang meningkat naik, Gouffran, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam dan diterbitkan oleh Lee Sze Wan.

Biarpun telah menyertai industri muzik sejak lapan tahun lalu selepas muncul juara Bintang RTM pada tahun 2009, bakat Ernie hanya disedari oleh orang ramai baru-baru ini apabila bergandingan dengan Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ernie zakrimisteri ernie zakrisyamel
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara