Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

[GAMBAR] Abang Syed Saddiq Jadi Perhatian Kerana Persis Seperti Model!

by Khai Azfar
May 14, 2018
Share on Facebook

Semenjak berkempen lagi, ahli politik muda Yang Berhormat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian netizen kerana pelbagai faktor. Syed Saddiq yang juga menggalas jawatan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), semakin popular bukan sahaja kerana menjadi antara yang termuda, malah dia turut berjaya memenangi kerusi Dun Muar dengan menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional.

Gambar : Glam Lelaki

Kenali Syed Saddiq

Sejak memenangi Dun Muar, popularitinya persis seorang selebriti! Malah tidak dinafikan dia antara ahli politik yang paling popular sehingga ketika ini sehingga di media sosial terlalu ramai yang memuji kerana penampilannya yang kacak. Walaupun usianya baru menginjak 23 tahun, namun disebalik ‘portfolio’ nya itu anda pasti akan kagum!

Sebelum menamatkan Ijazah jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Syed Saddiq terlebih dahulu mendapat pendidikan awal di Maktab Tentera Diraja (RMC). Ketika sedang menuntut di UIA, beliau pernah mengharumkan nama negara dengan menjadi Pendebat Terbaik di Asia dan sudah pasti sidang parlimen bakal bergema dengan kelantangan suara anak muda ini.

Wajah Kacak Abang Syed Saddiq Jadi Bualan Netizen

Disebalik kemenangannya dalam PRU14 ini, perhatian dan tempias kemenangan itu turut terkena pada abang kandungnya yang dikenali sebagai Syed Abdullah. Bukan sahaja kerana kemenangan Syed Saddiq, malah wajah abangnya yang juga kacak serta berpenampilan menarik menjadikan Syed Abdullah turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Bella Astillah Nafi Ada Niat Ceburi Politik, Hanya Rapat Dengan Syed Saddiq

Tidak pasti benar atau tidak, pemuda yang berusia 29 tahun ini memiliki ketinggian 192 sentimeter!

Malah tidak keterlaluan jika kami katakan dengan rupa parasnya yang kacak serta dengan ketinggian tersebut, abang kepada ahli politik ini memiliki karisma seorang model.

Gambar : Instagram Syed Abdullah 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
abang syed saddiqgambar abang syed saddiqPRU14syed abdullahsyed saddiq
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara