• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Perihal Mengenai Drama Nur Yang Cetuskan Fenomena

by Khai Azfar
June 6, 2018
Share on Facebook

Tahniah diucapkan buat produksi drama Nur yang mencetuskan fenomenanya tersendiri! Drama yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin menampilkan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli sebagai pelakon utamanya kini hangat ditayangkan di slot samarinda TV3.

5 Perihal Mengenai Drama Nur Yang Cetuskan Fenomena

Disebalik fenomena yang tercetus tidak ramai yang mengetahui beberapa perkara mengenai drama ini. Berikut murai.my bawakan 5 perihal mengenai Nur dan pelakon-pelakonnya.

Trending di media sosial

Siapa sangka sejak ditayangkan, drama Nur begitu popular sehingga trending no 1 di media sosial! Sehingga kini, Nur telah mencatat 9 juta penonton dan 1.9 juta tontonan digital

Comeback Noorkhiriah

YouTube video

Ramai yang tidak tahu ini adalah kemunculan semula Noorkhiriah. Sebelum ini pelakon yang memegang watak sebagai Aishah ini pernah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon pada 2016 namun rezekinya masih di dalam dunia lakonan kerana kemunculan semulanya dalam Nur benar-benar menjadi!

Jika kita biasa melihat Noorkhiriah memegang watak yang kelakar tetapi tidak bagi Nur kerana anda bakal melihat sisi lain Noorkhiriah yang pastinya membuatkan anda terasa panas hati.

Watak Ustaz Hamidi Dikecam

Watak Uztaz Hamidi yang dilakonkan oleh Azhan Rani sememangnya layak diberi pujian kerana ianya sesuatu yang lain daripada yang lain. Watak ini mengisahkan seorang ustaz yang dianggap ‘munafik’ kerana bertopengkan sebagai orang yang bijak pandai dalam bidang agama sebaliknya dia melanggan pelacur dan melanggar perintah agama.

YouTube video

Kontroversi tercetus apabila ada segelintir netizen menganggap penulis skrip drama itu sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz namun Shahrulezad telah menjelaskan dia terlebih dahulu membuat kajian mengenai watak tersebut.

Penonton Terlalu Emosi

Disamping menampilkan ramai pelakon -pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan ramai lagi, drama Nur juga membuatkan penonton yang melihatnya beremosi! Malah hasil tinjauan kami di Twitter, hampir setiap episod penonton hangat memperkatakannya.

"Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan 'Basuh' Dia"- Syafiq Kyle

murai.my berharap tidak ada penonton yang terbawa ‘kebencian’ sesuatu watak dalam Nur ini di luar set. Ingat ini hanyalah lakonan semata-mata ya!

OST Nur Nyanyian 3 Bintang Akademi Fantasia

Selain daripada jalan ceritanya yang menarik, ramai juga yang tertanya siapakah penyanyi-penyanyi yang menyanyikan lagu tema drama Nur. Pada permulaan filem anda bakal mendengar nyanyian Kaer Azami dan Amylea menerusi lagu Tak Pernah Hilang.

YouTube video

Manakala pada pertengahan drama pula anda akan mendengar kelunakan suara Idayu mendendangkan lagunya, Ganti Diriku. Selain comeback Noorkhiriah, lagu-lagu ini juga merupakan single terbaru bintang-bintang Akademi Fantasia yang agak lama menyepi. Welcome back!

YouTube video
amyra rosliazhan ranidrama nuridayu ganti dirikukaer azami dan amylea tak pernah hilangost drama nursyafiq kyle
https://lomp.at/irlv1
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
HotList

Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja

by Khai Azfar
August 18, 2017

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya...

Read moreDetails
HotList

5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 24, 2018

Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan...

Read moreDetails
HotList

Wajah Tak Macam Dulu, 6 Aktres Ini Pernah Dituduh Buat Pembedahan

by Zaidin Albert
September 12, 2017

Pembedahan plastik bukan sesuatu yang baru bagi para selebriti. Dari mengubah bibir, dagu, hingga hidung, tentunya anda sering mendengar berita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore