Rasanya untuk tahun 2018 adalah tahun dimana kebanyakan filem ‘membalas dendam’ dengan menghasilkan filem kesinambungan mereka terdahulu. Malah kami di murai.my turut merumuskan filem yang ditayangkan pada bulan Mei terdiri daripada filem-filem yang hebat.

Pelbagai ‘Cameo’ Dalam Wreck-It Ralph 2

Selain filem animasi Incredibles 2 yang akan menemui penonton pada Aidilfitri kelak, peminat turut hangat memperkatakan mengenai Wreck-It Ralph 2. Selain dari teruja untuk melihat kesinambungannya, Wreck-It Ralph 2 telah pun memuatnaik teaser filem ini dimana kelihatan pelbagai watak cameo dari Disney di dalam filem ini!

IKLAN

Seperti sebuah cross-over, anda bakal menyaksikan kehadiran 15 puteri Disney iaitu Belle, Tiana, Aurora, Cinderella, Mulan, Anna, Rapunzel, Ariel, Pocahontas, Jasmine, Snow White dan ramai lagi! Bukan itu sahaja, bintang Star Wars dan Iron Man turut kelihatan.

Ditayangkan Pada November 2018

Kami tidak pasti bilakah tarikh tayangan sebenar filem ini. Namun dalam pasaran antarabangsa, filem animasi ini dijangka ditayangkan pada 21 November 2018. Terdahulu filem ini telah ditayangkan pada 2012 dan kini setelah hampir 7 tahun ianya telah kembali. Ada yang teruja?

Sumber DailyEdge