Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Majlis Penasihat Kerajaan Panggil Neelofa Hari Ini

by Phic ARMAN
June 18, 2018
Share on Facebook

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir bertemu Majlis Penasihat tempoh hari, kini giliran usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa pula.

Difahamkan Neelofa bakal memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Daim Zainuddin hari ini 18 Jun 2018 yang menyentuh soal pasaran semasa dan potensi ekonomi industri fesyen Muslimah.

Vivy Yusof Turut Hadir

Selain Neelofa, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, pengasas tudung jenama dUCk dan laman web e-dagang, Fashion Valet turut hadir sama.

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight mereka diberikan masa 30 minit dalam dua sesi berasingan.

Seperti mana yang kita tahu, Majlis Penasihat Kerajaan adalah lima anggota pakar ekonomi yang diberi mandat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menasihati kerajaan antara lain bagaimana untuk menghentikan pembaziran serta menjana sumber ekonomi baru.

Hijabista Jana Ekonomi

Ia diberi mandat untuk melengkapkan kajian dan memberikan laporannya dalam masa 100 hari, dijangka berakhir pertengahan Ogos ini. Menurut laporan yang sama,  sebuah penyelidikan pasaran Asia Tenggara tahun lalu mengunjurkan kelompok pengguna wanita Muslim yang digelar “hijabista” menjana ekonomi sehingga AS$1.9 trilion (RM7.5 trilion).

Selain Neelofa dan Vivy, majlis penasihat itu pada Isnin akan turut mendengar taklimat daripada pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd, Mustakim Manaf, pemegang francais kedai permainan Hamleys di Malaysia dan Singapura. Majlis juga memanggil Burhanuddin Radzi, pengasas Les Copaque Production, syarikat animasi yang menghasilkan siri kartun Upin dan Ipin; Hazimah Zainuddin, pengasas Hyrax Oil Sdn Bhd, sebuah syarikat hiliran petroelum dan Rina Abdullah, pengasas restoran di bawah Serai Group.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Curi Perhatian Netizen!-"Sebab Tu Kita Kena Kaya.."

Sumber The Malaysian Insight

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato fadza anuarneelofavivy yusof
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara