Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Majlis Penasihat Kerajaan Panggil Neelofa Hari Ini

by Phic ARMAN
June 18, 2018
Share on Facebook

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir bertemu Majlis Penasihat tempoh hari, kini giliran usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa pula.

Foto: Kosmo

Difahamkan Neelofa bakal memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Daim Zainuddin hari ini 18 Jun 2018 yang menyentuh soal pasaran semasa dan potensi ekonomi industri fesyen Muslimah.

Vivy Yusof Turut Hadir

Selain Neelofa, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, pengasas tudung jenama dUCk dan laman web e-dagang, Fashion Valet turut hadir sama.

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight mereka diberikan masa 30 minit dalam dua sesi berasingan.

Seperti mana yang kita tahu, Majlis Penasihat Kerajaan adalah lima anggota pakar ekonomi yang diberi mandat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menasihati kerajaan antara lain bagaimana untuk menghentikan pembaziran serta menjana sumber ekonomi baru.

Hijabista Jana Ekonomi

Ia diberi mandat untuk melengkapkan kajian dan memberikan laporannya dalam masa 100 hari, dijangka berakhir pertengahan Ogos ini. Menurut laporan yang sama,  sebuah penyelidikan pasaran Asia Tenggara tahun lalu mengunjurkan kelompok pengguna wanita Muslim yang digelar “hijabista” menjana ekonomi sehingga AS$1.9 trilion (RM7.5 trilion).

Selain Neelofa dan Vivy, majlis penasihat itu pada Isnin akan turut mendengar taklimat daripada pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd, Mustakim Manaf, pemegang francais kedai permainan Hamleys di Malaysia dan Singapura. Majlis juga memanggil Burhanuddin Radzi, pengasas Les Copaque Production, syarikat animasi yang menghasilkan siri kartun Upin dan Ipin; Hazimah Zainuddin, pengasas Hyrax Oil Sdn Bhd, sebuah syarikat hiliran petroelum dan Rina Abdullah, pengasas restoran di bawah Serai Group.

Sumber The Malaysian Insight

[VIDEO] Gelagat Anak Neelofa, Bilal Mengaji Quran Cetus Pujian Ramai!-"Baru 3 Tahun Dah Fasih"
dato fadza anuarneelofavivy yusof
https://lomp.at/ekitd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Berita Baik Buat Usahawan Wanita Kelantan, Ini Cara Mohon Tabung RM2,500 Untuk Naik Taraf Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ingatkan Tikus, Rupanya Lipan! Detik Cemas Wanita Disengat Awal Pagi Undang Seram Netizen

by Noe
April 15, 2026

Tular di media sosial, satu perkongsian pengalaman ngeri seorang wanita yang disengat lipan ketika melakukan rutin harian seawal jam 4...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
Foto - ASTRO Malaysia
Lokal

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Tarik Perhatian Seluruh Negara!

by Nurul A.
April 3, 2026

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026 telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia. Sekaligus muncul...

Read moreDetails
Insentif

Kerajaan Perak Bantu Ibu Tunggal Sertai i-Suri KWSP, Hampir 2,000 Penerima Terima Caruman Permulaan

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Berita baik buat golongan ibu tunggal di Perak apabila kerajaan negeri memperkenalkan inisiatif khas bagi membantu mereka menambah simpanan persaraan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara