Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Jangan Jadi Rasis’- Chef Wan Tegur Menteri

by Ayden Mikhael
June 24, 2018
Share on Facebook

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terkesan dengan kenyataan berbaur rasis dari Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berhubung isu pengambilan tukang masak asing disekat kerja di restoran yang diumumkan baru-baru ini.

Memetik dari Mstar Online, Chef Wan berpendapat tindakan kerajaan menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai sebagai tidak wajar.

Chef Wan turut menyifatkan keputusan itu seolah-olah meletakkan diskriminasi terhadap pendatang asing yang bekerja secara sah sebagai tukang masak di negara ini.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Makanan seperti cinta yang tiada batasan. Ramai chef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di seluruh dunia dan mereka juga melakukan perkara sama.

“Soalan saya kepada menteri itu, mengapa pendatang ke negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana status mereka bukan orang tempatan?

“Kenapa perlu kita mendiskriminasikan mereka? Negara lain tidak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua,” tulis Chef Wan di Instagram.

Ujar Chef Wan lagi, keputusan yang dibuat tidak akan menjadikan kualiti dan standard makanan ke arah yang lebih baik, sebaliknya kita perlu melihat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu.

“Sikap chef Malaysia sebenarnya yang perlukan perubahan besar daripada kita menunding jari pada orang-orang asing ini… Adalah lebih baik kita lihat kelemahan diri sendiri.

“Jika ada chef tidak bagus, kita didik mereka, tingkatkan kemahiran mereka. Jika ada sifat pengotor, ajar lah dan sentiasa awasi restoran untuk memenuhi tahap kebersihan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kulasegaran dalam satu kenyataan kontroversi mengumumkan mulai awal tahun 2019, semua restoran tempatan diminta hanya menggunakan khidmat tukang masak warga tempatan. Menurutnya peraturan itu akan mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan konon bagi memastikan kualiti makanan terjamin.

Sumber IG Chef Wan & Mstar Online

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wanM. Kulasegaran
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara