Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026
Share on Facebook

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia. Itulah taruhan The Lament of Autumn, drama lakonan Cheng Lei dan Xu Ruohan yang kini menduduki tangga pertama carta Hot Dramas iQIYI Malaysia pada minggu pertama tayangannya.

Lebih menarik, drama berlatar era Republik China ini turut mencatatkan penarafan 9.8 mata di platform iQIYI. Nampaknya, gabungan percintaan, konflik keluarga dan misteri masih ada tarikannya tersendiri.

The Lament of Autumn: Cheng Lei Dekati Xu Ruohan Demi Agenda Tersembunyi?

Kisah bermula dengan Ye Ping Jun (Xu Ruohan), seorang pelajar yang terpaksa bekerja di sebuah rumah persinggahan di barat Hunan demi menampung kos rawatan ibunya.

Namun, hari pertama bekerja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia terheret dalam cubaan pembunuhan terhadap Yu Chang Xuan (Cheng Lei), anak kelima daripada keluarga Yu yang berpengaruh.

Dituduh terbabit dalam kejadian itu, Ping Jun enggan berdiam diri. Dia membuat perjanjian dengan Chang Xuan untuk menyiasat kes berkenaan dalam tempoh 10 hari bagi membersihkan namanya.

Tetapi, ada sesuatu yang mencurigakan. Chang Xuan turut menggunakan siasatan tersebut sebagai peluang untuk mendekati Ping Jun. Adakah dia benar-benar tertarik atau sekadar mempunyai agenda tersendiri?

Kalau dalam dunia sebenar pun kita kadangkala sukar membaca niat seseorang, apatah lagi dalam kisah penuh permainan kuasa seperti ini!

Percintaan, Misteri dan Kepercayaan Jadi Taruhan

Watak Ping Jun digambarkan sebagai wanita tabah yang sanggup berjuang demi keluarga dan keadilan. Sementara itu, Chang Xuan pula seorang lelaki teliti yang menyimpan rahsia di sebalik tindakannya.

Menurut sinopsis rasmi iQIYI, hubungan kedua-dua watak berkembang dalam suasana pergolakan era 1920-an, apabila cinta dan konflik mengubah perjalanan hidup mereka.

Persoalannya, mampukah cinta bertahan apabila hubungan dibina atas kepentingan masing-masing? Kadangkala, bukan orang ketiga yang menjadi masalah, tetapi rahsia yang sengaja disimpan.

Di Mana Boleh Tonton The Lament of Autumn?

The Lament of Autumn kini boleh distrim menerusi aplikasi iQIYI International atau laman web IQ.com, dengan sari kata Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Berdasarkan maklumat tayangan yang diberikan, drama ini mempunyai 38 episod keseluruhan dan sudah bersiaran sehingga episod 20 pada 23 Oktober 2026.

Jika anda peminat drama romantik yang sarat dengan misteri, konflik dan watak yang sukar dijangka, siri ini mungkin sesuai untuk dimasukkan dalam senarai tontonan hujung minggu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
The Lament of Autumn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara