Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Haqiem Rusli Menangis Mengaku Hadapi ‘Mild Depression’

by Khai Azfar
July 6, 2018
Share on Facebook

Malam tadi telah berlangsungnya sebuah sidang media khas membabitkan tiga orang penyanyi iaitu Haqiem Rusli, Ernie Zakri serta Wany Hasrita.

Ketiga-tiga mereka merupakan artis yang bernaung di bawah FMC Music dan tujuan sidang media itu diadakan adalah berhubung penjelasan lanjut mengenai kontroversi gimik Haqiem yang tular baru-baru ini.

Gagal Mengawal Perasaan

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/07/IMG_4820.mp4

Haqiem ketika ditemui murai.my berkata dia sama sekali tidak pernah menipu mengenai pendedahannya berhubung masalah kemurungan dihidapinya sejak kebelakangan ini. Malah ketika menjelaskan mengenai kontroversi itu, Haqiem kelihatan begitu sebak tatkala menceritkan dia dicemuh dan keluarganya turut menerima tempias tatkala hampir seluruh Malaysia cuba mengecamnya.

“Saya tidak kisah jika mereka di luar sana ingin menghentam saya…tapi saya begitu tertekan bila ada yang cuba hina dan kecam keluarga saya.. dan semua itu saya hadap seorang diri..”

Mengaku Salah Tafsiran

YouTube video

Bagi Haqiem, dia mengaku bahawa segalanya berpunca darinya setelah dia sendiri tersalah menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan situasi dihadapi ketika ini.Dek kerana itu, ramai yang menganggapnya itu hanyalah sebuah gimik apatah lagi single terbarunya, Selamat Tinggal Sayang dimuat naik selepas membuat keputusan untuk tidak berhenti menyanyi.

Tidak Salahkan Sesiapa

Mengulas lebih lanjut mengenai lagu dan salah faham antara rakan-rakannya, menurut Haqiem lagu itu sememangnya telah dijadualkan untuk dimuat naik pada masa yang telah ditetapkan namun keadaannya yang sedemikian rupa sebelum ini (kemurungan) kejadian yang dikatakan gimik itu terjadi tanpa dirancang.

Malah mengenai perselisihan faham antara rakan-rakannya, Haqiem dan pihak FMC Music juga tidak mengetahui mengenai tujuan segmen sebuah radio swasta terkenal itu.

Dek kerana itu, isu berkenaan bertambah parah apatah lagi Ernie dan Wany menganggap pada mulanya ianya adalah bertujuan mempromosikan lagu terbaru mereka.

“Mereka tidak bersalah… Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf, kepada Ernie dan Wany saya mohon maaf”

Bakal Berjumpa Pakar Psikiatri

Dalam pada itu, Haqiem berkata, sebelum ini dia tidak pernah mendapatkan mana-mana rawatan dan hanya sekadar mendapatkan nasihat rakan-rakan terdekat. Walau bagaimana pun, dia akan bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada hari ini(Jumaat) bagi mengetahui sama ada dia benar-benar menghadapi depresi mahupun sebaliknya.

[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-"Dah Macam Bunyi Ayam"

Mengakhiri sidang media itu, Haqiem sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan turut meminta agar diberikan peluang kedua untuk kembali ke industri.

Error happened.
ernie zakriernie zakri haqiem ruslihaqiem ruslihaqiem rusli berhenti menyanyihaqiem rusli menangis
https://lomp.at/7r3g6
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara