Gimik? Zayn Malik Kini Tampil Dengan Rambut Berwarna Biru

Mesti Baca

Belum pun reda kontroversi percintaannya dengan Gigi Hadid, penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn MalikĀ kini tampil memberi satu lagi kejutan pada peminat.

Rambut Kini Berwarna Biru


Manakan tidak, peyanyi ini dilihat tampak berani dengan gaya rambutnya yang terbaru berwarna biru jauh dari imej biasa Zayn mahupun mana-mana individu. Warna biru bukanlah sesuatu warna yang biasa digayakan oleh seseorang bukan? Terdahulu, Zayn pernah mewarnakan rambutnya dengan warna blonde, kelabu dan merah jambu.

Gimik Pelancaran Single Baru


Ketika pelbagai persoalan timbul dari peminat mengenai fesyen rambut Zayn, ramai yang menganggap ianya adalah gimik pelancaran single baharunya, Sour Diesel.

Kemunculan Zayn dengan fesyen rambut birunya itu dilihat ketika dia sedang bersiar-siar di sekitar kejiranan Soho, New York, baru-baru ini. Apa pendapat anda mengenai rambut biru? Kalau muka kacak mungkin serasi, namun jika mereka yang berwajah desa mungkin jadi sebaliknya.

Sumber : Daily MailĀ 

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan