Tidak dinafikan begitu ramai yang teringin merasai ‘air tangan’ chef selebriti terkenal. Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Namun apakah yang akan terjadi sekiranya hanya namanya sahaja digunakan namun rasanya berbeza setelah diolah oleh mereka yang ditugaskan untuk membantunya.
Chef Wan Tutup Restoran Di Singapura
Itulah yang terjadi di restoran chef selebriti ini, Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura. Ekoran itu, Chef Wan mengambil keputusan untuk menutup restoran tersebut setelah mendapati chef-chef yang ditugaskan di sana tidak mengikut resipi yang dihasilkannya.
“Saya tidak katakan tukang masak Singapura bagus atau tidak. Namun chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya.
“Pergi bandingkan lontong saya dengan lontong dia atau nasi lemak saya dengan nasi lemak dia, cukuplah. Berbuih-buih cakap berhari-hari hantar gambar, hari-hari buat macam-macam”
Hanya Setahun Beroperasi
Chef Wan’s Kitchen mula dibuka pada Julai 2017 dan ianya merupakan kerjasama diantara Chef Wan dengan rakan kongsi di Singapura. Meskipun hanya setahun beroperasi, Chef Wan menzahirkan rasa lega atas penutupan restoran tersebut setelah beberapa perkara yang berbangkit berada di luar kawalannya.
“Saya lega dengan penutupan ini. Kalau boleh nak sedekah pisang kat masjid. Jadi tak payah pening kepala. Tak payah tengok macam mana chef-chef Singapura itu nak kena maki hamun siang malam pun tak buat jugak.
“Sedangkan saya buat di Mandarin Oriental Hotel KL hari-hari. 800 orang saya sajikan semua hari-hari tidak ada masalah pun,”
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Chef Wan bukan? Kelantangannya dalam setiap aspek lazimnya mempunyai asbab yang kukuh dan juga rasional!
Sumber Sinar Harian
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.