Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

10 Tahun Menunggu! Ruffedge Kembali Dengan Single Terbaru

by Phic ARMAN
August 3, 2018
Share on Facebook

Hampir 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’.

Sekian lama hilang dari persada seni, Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018.

YouTube video

Ruffedge: 20th Anniversary


Kemunculan semula Ruffedge menimbulkan suasana keterujaan dikalangan peminat muzik tanahair, lebih-lebih lagi apabila Ruffedge mengumumkan penganjuran konsert perdana mereka ‘Ruffedge: 20th Anniversary’ yang bakal berlangsung di KL Live pada 4 Ogos nanti.

Single Seperti Mereka


Sebagai pelengkap episod kemunculan semula mereka di persada muzik tempatan, single ‘Seperti Mereka’ dirakam khas untuk peminat setia Ruffedge yang merindui karya terbaru daripada mereka.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi.

Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’. Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu.

Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

https://www.youtube.com/watch?v=1uaqroqn1wE

‘Seperti Mereka’ merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula pada 3 OGOS 2018 di pautan ini: wmm.lnk.to/sepertimereka

 

Error happened.
azanCat FarishModeruffedgeSeinseperti mereka ruffedgeZain
https://lomp.at/so7wr
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara