Peminat sedia maklum bahawa anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sememangnya terkenal dengan ‘trademark’ nya yang mengghairahkan.

Netizen Dakwa Kak KM Sebenarnya Seorang Lelaki


Terbaru, menerusi sebuah akaun Instagram terdapat dakwaan daripada netizen kononnya Kak KM sebenarnya adalah seorang lelaki. Pendedahan itu dibuat oleh seorang netizen yang mendakwa sudah mengenali Kak KM sudah sekian lama dan turut mendedahkan bahawa anak-anak selebriti itu sebenarnya adalah anak angkat.

Akaun Yang Sama Dedahkan Mengenai Zul Ariffin


Kami tidak pasti adakah benar kesahihan dakwaan tersebut kerana tuduhan itu dibuat setelah segelintir netizen tidak menyukai cara Kak KM mempromosikan produk-produknya. Terdahulu, akaun Instagram yang sama dikenali sebagai Makcik Puaka juga telah mendedahkan beberapa gambar mesra pelakon Zul Ariffin bersama beberapa orang wanita termasuk seorang gadis cantik yang berasal dari Ukraine.

Apakah motif sebenar netizen ini kami juga tidak pasti kerana pelbagai pendedahan mengenai selebriti tempatan terus dibongkarnya.

IKLAN

Sumber Instagram Makcik Puaka