Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Gol & Gincu Vol. 2 Masih Kekalkan Semula Pelakon Asal

by Phic ARMAN
August 22, 2018
Share on Facebook

Red Films telah mengumumkan tarikh rasmi tayangan produksi baru filem dan siri popular yang dinanti ramai – GOL & GINCU VOL. 2 iaitu pada 25 Oktober 2018.

13 tahun selepas filem dan siri itu dilancarkan, sebarisan watak baru bakal membuka kisah baru yang telah ditamatkan. Gol & Gincu Vol. 2 akan memaparkan semula kisah pelajar-pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri sendiri dan dunia mereka sahaja. Bagaimanapun, cerita kali ini sedikit berbeza dan menampilkan isu semasa yang melibatkan penggunaan media sosial yang serius di kalangan generasi muda masa kini.

“Mereka yang berpengaruh di media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan masyarakat. Menerusi media sosial, masyarakat bebas untuk menyuarakan pandangan mereka dan keadaan ini amat berbeza berbanding kehidupan yang dilalui generasi 13 tahun yang lalu. Media sosial memberi tekanan kepada kita untuk menjadi lebih cantik, lebih pandai, lebih berjaya, lebih kaya dan lebih alim” kata Lina Tan, penerbit filem pada Majlis Pelancaran Gol & Gincu Vol. 2 bertempat di Pizza Hut, Empire City Mall, Petaling Jaya.

Gol & Gincu Vol.2 merupakan sebuah arahan sulung Umi Salwana Omar. Dia dipilih berdasarkan kemahiran dan pengalamannya mengarah pelbagai telefilem dan sitkom popular Oh My English! serta pengalamannya sebagai Penolong Pengarah bagi produksi terbitan Red Films antaranya seperti Istanbul Aku Datang, Songlap dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Cerita yang diilhamkan oleh Rafidah Abdullah yang juga penulis asal Gol & Gincu telah diberi olahan segar oleh Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu Gantung dan Kelabu.

Sinopsis Gol & Gincu Vol. 2 

Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?

Barisan Pelakon Hebat

Menggandingkan pemenang anugerah Festival Filem Malaysia, Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama, Gol & Gincu Vol. 2 juga menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping jejaka-jejaka pujaan ramai, Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf serta wajah baru iaitu Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

“Kami mengambil masa untuk membuat keputusan menerbitkan semula jenama ini tetapi saya rasa inilah masa yang tepat kerana saya benar-benar mahu menghasilkan semula filem tempatan dengan watak utama wanita yang kuat yang kurang diterbitkan sejak akhir-akhir ini,” kata Lina.

“Kami juga ingin meraikan kepelbagaian dan hubungan wanita di Malaysia dengan nama-nama yang dikenali dan pelakon baharu yang berbakat di samping memperkenalkan seorang pengarah wanita,” kata Lina lagi.

Kombinasi set filem yang menyeronokkan berlatarkan adegan futsal dan elemen fesyen telah berjaya mendapat sokongan Pizza Hut, Libresse, Grab, Zalora, dan Laura Mercier yang merupakan penaja utama filem ini. Semua jenama ini akan bekerjasama dengan Gol & Gincu Vol. 2 untuk menghasilkan kempen yang menarik untuk memberi insentif kepada penonton dan mempromosikan filem itu. Dihasilkan oleh Red Films, Gol & Gincu Vol. 2 turut didukung oleh Sonneratia Capital Sdn Bhd.

[VIDEO] Mimi Lana Kongsi Momen Mesra Dengan Syafiq Kyle, Peminat 'Cemburu'!

Untuk maklumat terkini mengenai Gol & Gincu Vol. 2 ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di laman Facebook, Instagram, dan Twitter atau kunjungi www.golgincu2.com.my

diana daniellesazzy falaksyafiq kyleummi nazeera
https://lomp.at/28lcc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara