• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

9 Pakaian Dalam Termahal Di Dunia. Ada Setara Harga Sebuah Jet Peribadi!

by Phic ARMAN
August 28, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini Kim Kardashian menunjukkan salah satu pakaian dalam termahal di laman Instagram-nya. Jangan terkejut ya, pakaian dalam jenis g-string tersebut harganya mencecah US$ 1,799 atau sama dengan RM7,368.

Pakaian dalam saja harganya sampai beribu ringgit, belum lagi yang lain-lain. Tak hairan pun kenapa pakaian dalam warisan dari nenek Kim Kardashian yang sudah berusia 21 tahun tersebut mahal. Ini kerana, g-string tersebut dari jenama Gucci!

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian (@kimkardashian)

Meskipun ia menjadi salah satu pakaian dalam termahal di dunia, ternyata ada lagi yang lebih mahal. Beberapa pakaian dalam berikut ini dijual dengan harga bermula dari puluhan ribu dolar.

Lingerie Emas – RM106,496.00

Lingerie emas ini dijual dengan harga US$ 26 ribu atau sekitar RM106,496.00. Dipamerkan di kota Wuhan, China dan pakaian dalam tersebut ternyata diperbuat dari tiga kilogram emas! Namun, pakaian dalam tersebut tak pernah dijual kepada orang ramai.

Anamika Khanna ORRA Diamond Bustier – RM 5,324,800

Foto: InUth.com

Sesuai dengan namanya, bustier yang menggunakan berlian tersebut direka oleh Anamika Khanna. Dihasilkan dalam tempoh enam bulan, bustier tersebut menggunakan berlian 500 karat. Jadi tak terkejut jika harganya mencapai US$ 1.3 juta atau setara RM 5,324,800.

Millennium Bra – RM 40,960,000.

Diberi nama sebagai Millennium Bra kerana bra tersebut ditampilkan pada tahun 1999  dan dilancarkan pada tahun 2000. Sesuai tujuannya, bra tersebut menggunakan 2,000 butir berlian.

Harga Millennium Bra tersebut mencapai US$ 10 juta atau sama dengan RM 40,960,000.

Very Sexy Fantasy Bra – RM 45,056,000.

Bra ini dipamerkan oleh supermodel Heidi Klum pada tahun tahun 2003. Bra tersebut menggunakan berlian 70 karat yang disematkan pada bahagian tengahnya sebagai hiasan.

Harga bra tersebut mencapai US$ 11 juta atau RM 45,056,000.

Heavenly Star Fantasy Bra – RM 51,200,000.

Foto: Popsugar

Sebelum Very Sexy Fantasy Bra, Heidi Klum ternyata pernah mengenakan bra yang lebih mahal lagi. Bra dengan nama Heavenly Star tersebut dijual dengan harga US$ 12,5 juta atau sama dengan RM 51,200,000.

Bra tersebut menggunakan lebih dari 1,000 potongan batu safir pink serta berlian 90 karat.

Sexy Splendor Fantasy Bra – RM 51,200,000.

Foto: Rare Delights Magazine

Bra ini menggunakan bahan warna merah yang dipadu dengan batu berlian, rubi, dan emas putih. Pakaian tersebut bernilai US$ 12,5 juta atau sama dengan RM 51,200,000.

Bra & Seluar Dalam Red Hot Fantasy – RM 61,440,000.

Foto: Pinterest

Dilancarkan oleh Victoria’s Secret, satu set bra dan seluar dalam ini diperbuat dari 1,300 batu Jade, termasuk sebanyak 300 karat batu rubi Thailand.

Tai hairan kalau harga bra dan seluar dalam warna merah tersebut dijual dengan harga US$ 15 juta atau sama dengan RM 61,440,000.

Susan Rosen Diamond Bikini – RM123 Juta

Ini dia pakaian dalam termahal di dunia yang pernah ada. Bukan mahal jer, bentuk pakaian dalam ini benar-benar unik!

Pakaian dalam yang direka berbentuk bikini two pieces tersebut seolah-olah tak menutup bahagian kewanitaan dengan sempurna. Malah lebih mirip kepada aksesori perhiasan. Namun, harga bikini tersebut mencapai US$ 30 juta atau hampir  RM123 Juta.

Setara Dengan Harga Jet Peribadi 

Menurut tinjauan kami menerusi syarikat penjualan pesawat peribadi, AV Buyer, harga pakain dalam ini setara dengan nilai sebuah Jet Peribadi jenis Airbus A318.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jet Peribadi Super mewah ini dijual dengan harga US $29,950,000 yakni lebih murah dari harga set pakaian dalam Susan Rosen Diamond.

Jadi mana pilihan anda? Jet peribadi atau Pakaian Dalam? Yang pasti jet peribadi boleh membawa anda mengelilingi dunia, tetapi pakaian dalam hanya boleh dipakai mengelilingi  dalam rumah.

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing
braHeavenly Star Fantasy Braheidi kumkim kardashianmewahpakaian dalamRed Hot FantasySusan Rosen Diamond Bikini
https://lomp.at/9rgce
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Persahabatan yang terjalin jauh di perantauan nyata meninggalkan makna tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin atau...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

Ada Sebab Kenapa Izara Aishah Terpaksa Suruh Aliff Syukri ‘Behave’

by Phic ARMAN
December 17, 2025

Kalau sebut nama Izara Aishah, ramai sudah tahu pelakon jelita ini memang terkenal dengan sikap teliti dan cukup mementingkan kualiti....

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore