Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

‘Tak Sangka Syamsul Selit Watak Saya’- Nabila Huda Terkejut Tonton Munafik 2

by Khai Azfar
September 7, 2018
Share on Facebook

Sebelum munculnya Munafik 2, filem ini menerusi kemunculannya sulungnya telah menampilkan pelakon Nabila Huda yang memegang watak sebagai Maria, isteri kepada Ustaz Adam(Syamsul Yusof). Ramai yang memuji lakonan Nabila attu lebih mesra disapa sebagai Abil dalam filem itu dan kami percaya impak dalam filem pertama adalah antara sebab mengapa filem Munafik diteruskan.

Terkejut Lihat Watak Sendiri

Meskipun tidak terbabit dalam sekual kedua Munafik, Nabila tetap menyokong dan akui telah menonton filem itu bersama suaminya baru-baru. Malah setelah menonton filem itu, dia akui terkejut apabila melihat watak Maria lakonannya telah dimuatkan dalam Munafik 2

” Saya sebenarnya terkejut apabila melihat ada babak berkaitan Maria dalam Munafik 2. Tak sangka, Syamsul ingat juga pada watak Maria itu dan sedikit sebanyak saya berasa terharu,”

Tambahnya lagi, mengenai sedutan wataknya itu, Nabila berkata memang tidak mengetahuinya langsung dan tumpang gembira dengan kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat Munafik 2 di pawagam.

Puji Lakonan Maya Karin

Menerusi filem yang sama, Nabila mengagumi serta memuji lakonan watak Maya Karin sebagai Sakinah. Enggan dibandingkan taraf lakonannya dengan Maya, bagi Nabila watak kedua-duanya mempunyai perbezaan dan kekuatannya tersendiri.

“Saya sebenarnya suka dan memuji lakonan hebat Maya Karin yang melakonkan watak Sakinah dan ibu tunggal dalam filem itu. Maya berjaya melakonkan watak Sakinah itu dengan sangat baik dan tuntutan karakternya jauh beza daripada Maria,”

Jelasnya lagi dengan kejayaan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2,sebagai penggiat seni dia berbangga melihat sokongan penonton terhadap filem Melayu pada masa kini dimana baginya sebagai penanda aras dan sinaran baru industri perfilem tanah air. Sehingga hari ini, Munafik 2 telah berjaya mengutip kutipan lebih dari 25 Juta.

Kucing Nabila Huda Makan Wagyu A5, Netizen Terkedu Hidup Lebih Mewah dari Manusia
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
munafik 2nabila hudanabila huda munafik
https://lomp.at/hjmuo
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem